fbpx

Pentingnya perlindungan takaful dan kelebihan polisi term takaful

  • 4 days ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 15Views

Terbaca posting daripada Dave Ramsey, berkenaan insurans.

Jarang baca tulisan beliau berkenaan perkara ini. Dalam konteks tulisan ini, saya akan gantikan “insurans” dengan perkataan “takaful”.

Bagi yang belum kenal, Dave Ramsey adalah seorang guru kewangan antarabangsa yang mengasaskan “7 Baby Steps” untuk memperbaiki kewangan menyelesaikan hutang.

Jika di Malaysia, boleh follow FB Abe Nazz Zain, yang banyak mempopurlarkan kaedah ini. Abe Nazz panggil beliau Daud Ramzi. Hahahaha!

Berbalik kepada tulisan ini, Dave Ramsey mengakui dalam Modul 7 Baby Steps beliau, langsung tak menyentuh perihal takaful.

Namun dalam masa beliau sangat mengesyorkan “term takaful”. Kata beliau, jika selepas semua hutang, kita tidak perlukan lagi takaful.

Takaful hanya untuk perlindungan dan pilih polisi jenis term takaful supaya kita ada duit lebih untuk bayar hutang.

Nasihat ini juga seiring dengan banyak buku-buku kewangan yang saya pernah baca, fokus kepada term takaful.

Term takaful selalunya lebih murah dan tidak ada nilai tunai. Tak ramai ejen yang promote term takaful. Ramai juga pelanggan tak gemar produk ini mungkin sebab tak ada nilai tunai.

Secara personal, saya sendiri ada polisi jenis ini dan juga polisi takaful yang jenis lain.

Untuk umur 30 tahun, dengan sumbangan bulanan lebih kurang 120 sahaja, kita boleh dapat manfaat 500,000 untuk kemat1an dan 1umpuh.

Jika nak tambah manfaat penyakit kritikal 500,000, hanyalah 150 sahaja sebulan.

Jika manfaat 300,000 bagi peserta berusia 30 tahun, sumbangan bulanan hanyalah sekitar 70 sahaja sebulan. Jika tambah manfaat penyakit kritkal 300,000, sumbangan hanya 100 sebulan.

Tempoh perlindungan selama 20 tahun dan guaranteed renewal hingga umur 80 tahun.

Apa pandangan anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selalu betul sampai kepada saya soalan seumpama ini "Si polan…