Perbezaan Pelaburan Unit Trust dengan Private Mandate Account Managed Unit Trust (PMA Managed UT)
Sebagai orang yang tak ada masa a.k.a LLB (look like busy) untuk mengkaji kaunter dan monitor pelaburan saham sendiri, platform Private Mandate oleh Phillip Capital ini sangat saya hargai.
Melalui platform ini, kita sebagai pelabur tak perlu monitor dan lakukan trade secara aktif jual beli saham, kerana ia diuruskan oleh Fund Manager profesional.
Kita hanya monitor sahaja kaunter saham mana yang mereka pilih, beli, jual atau hold.
Saya gunakan platform ini sejak tahun 2019 lagi dan mula aktif berkongsi pada tahun lalu selepas yakin dengan platform ini.
Platform ini bukan jaminan ia memberi keuntungan, tapi ia memberi peluang untuk kita trade sendiri ke pasaran saham tanpa perlu aktif melalukukan aktiviti jual beli saham.
Nampak macam unit trust, tapi bukan.
Berbeza dengan unit trust yang turut mempunyai fund manager, tapi tidak setelus ini.
Melalui Private Mandate, kita tahu setiap sen dan ringgit mengalir ke mana.
Kos pengurusan lebih kurang sama sahaja macam unit trust iaitu 3% untuk sales charge dan 1.5% annual fees 1.5% setahun dan custodian fees 0.03% setahun.
Cuma beza kos lain dengan unit trust biasa, ia mempunyai performance fees 10% ke atas keuntungan yang diperolehi.
Contohnya sekiranya modal pelaburan kita RM50,000 dan kemudian keuntungan selepas setahun ialah RM10,000, maka performance akan dikenakan ke atas keuntungan RM10,000 tersebut. Caj itu dikenakan apabila pelabur melakukan pengeluaran.
Jika unit trust, kita hanya ada maklumat umum Fund Manager melabur ke mana, tapi melalui Private Mandate kita tahu secara spesifik kaunter mana yang Fund Manager berurusan. Sangat telus. Boleh lihat sendiri dalam gambarajah yang disediakan.
Bukan itu sahaja, setiap bulan kita akan menerima emel daripada Fund Manager.
Malah kita juga boleh berkomunikasi dengan Fund Manager sama ada melalui emel atau panggilan telefon. Nak jumpa dengan Fund Manager pun boleh! Setakat ini saya tak pernah lakukan pun. Hehe… Rujuk gambarajah 2 di bawah.
Modal untuk memulakan pelaburan ini, minima RM50,000. Jika ada duit lebih, boleh melabur ke sini. Bukan melalui wang pinjaman.
Tinggi sangat RM50,000? Yang memang bagi sesetengah orang ia agak tinggi.
Ia memerlukan modal minima RM50,000 kerana fund manager perlu membeli banyak kaunter saham, jadi ia memerlukan modal yang besar untuk tujuan beli, jual, hold, lock profit, cut loss, rebalancing dan sebagainya.
Namun ada berita baik, Private Mandate kini boleh dimulakan dengan modal minima RM5,000.
Ya, RM5,000 bukan RM50,000 – anda tak tersalah baca.
Cuma ia sedikit berbeza. Saya kongsikan di bawah dan baca betul-betul.
Private Mandate yang boleh dimulakan modal RM5,000 ini, ia sedikit berbeza dengan yang saya kongsikan di atas.
Ia dipanggil Private Mandate – Managed UT, yang turut diuruskan oleh Fund Manager Profesional daripada Phillip Capital.
Dilaburkan ke dana-dana unit trust terbaik
Private Mandate ini dilaburkan ke dana-dana unit trust terbaik yang dipilih oleh Fund Manager. Berbeza dengan unit trust biasa, melalui Private Madate ini, pelaburan kita akan diuruskan oleh Fund Manager profesional.
Kita tak payah lagi pening kepala nak monitor untuk lakukan lock profit, cut loss, atau rebalancing wang pelaburan kita, kerana semua itu sudah dilakukan oleh Fund Manager.
Sebenarnya, produk pelanuran ini juga menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang saya alami sebagai unit trust consutant untuk memantau pelaburan pelanggan.
Jika sebelum ini kita perlu assist pelanggan untuk urusan jual beli dana bagi memastikan modal mereka meningkat, kini tidak lagi.
Seandainya ada konsultan unit trust yang mempu lakukan – saya tabik. Saya tidak mampu.
Jika saya ada seorang dua pelanggan, mungkin munasabah untuk monitor dan menasihati bila masa nak beli, bila masa nak jual, bila nak top up dan seumpamanya. Tapi jika ada beratus-ratus klien, memang saya tak mampu lakukan.
Yang saya mampu lakukan ialah mendidik pelanggan untuk memantau sendiri pelaburan mereka dan ambil tindakan bila hendak beli, jual, top up, lock profit, cut loss, switching dan seumpamanya.
Konsultan sebagai pemudah cara dan penasihat, manakala pelanggan sendiri yang mengambil keputusan dan membuat tindakan.
Tapi kini tidak lagi. Fund Manager yang uruskan semua. Pelanggan dan konsultan tak perlu pening kepala nak monitor.
Sebagaimana Private Mandate yang melabur ke pasaran saham, Private Mandate – Managed UT juga sangat telus dan pelabur dapat melihat sendiri wang pelaburan mereka digunakan untuk membeli dana mana.
Rujuk gambarajah 3, contoh penyata sejarah transaksi jual beli dana unit trust yang dilakukan oleh Fund Manager daripada tahun lepas hingga yang terkini.
Alhamdulillah, dalam masa 3 tahun bersama platform Private Mandate, sungguh memudahkan kerja saya sebagai seorang pelabur dalam masa sama sebagai seorang konsultan.
Ada yang berminat untuk melabur atau menjadi konsultan?
Jika bersedia untuk invest kepada Private Mandate ini, klik link di sini.
Better isi guna PC atau Tab.
Jika guna Phone, kena pusing melintang / portrait.
Ada beberapa dokumen kena submit utk verification.
Jika ada masalah, PM saya atau ke WhatsApp. Ini nombor Admin
PERINGATAN: Ini adalah pelaburan yang mempunyai kos dan risiko tersendiri. Past performance doesn’t indicate future result. Dalam Private Mandate kita serahkan kepada kepakaran Fund Manager untuk uruskan pelaburan kita dan pelaburan dinasihati untuk memantau pelaburan ini secara berkala da ia adalah untuk jangka masa panjang setahun ke 3 tahun sekurang-kurangnya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran