fbpx

Urus Kewangan Dengan Bijak

Urus kewangan dengan bijak supaya tidak menyesal kemudian hari. Sedikit perkongsian dari FB Hannan Shawalludin..

Aku dulu pelajar tajaan luar Negara. Biasanya pelajar yang belajar kat luar Negara ni agak berduit, duit tajaan dalam Pound Sterling dan Euro la katakan.

Kalau balik Malaysia, mesti akan dengar bunyi,

“Eh. Makan roti canai tak sampai 1 pound pun?! Murahnya.”

Nak cerita kat sini, kat luar Negara ada banyak cabaran kewangan. Tambah-tambah bila duit scholarship banyak gila.

Aku dah jumpa ramai yang hidup bermewah kat luar Negara pakai duit scholarship. Beli PS4, beli akuarium, beli meja pingpong, beli desktop high spec, beli baju dan kasut mahal. Tu tak termasuk yang ketagih shopping online kat eBay dan Amazon. Yang habiskan duit kat travel pun ada.

Bila balik Malaysia rasa menyesal sebab tak terfikir nak simpan duit masa zaman belajar.

Nak beli rumah tak da duit deposit. Yang nak beli kereta terpaksa buat full loan. Nak kahwin terkial-kial nak buat ASB loan. Padahal zaman belajar dulu kalau menyimpan, nak buat bayar kereta CASH pun boleh bila balik Malaysia.

Tu sebab sebelum nak pergi luar Negara, kau amiklah inisiatif set appoinment dengan perunding kewangan. Kau prepare mental kau pasal kewangan supaya bila kau dapat duit scholarship kau tahu untuk urus sebaik mungkin.

Tak da lah kau balik Malaysia asyik mengomel,

“Rumah mahal. Tak mampu bayar deposit.”

“Gaji tak seberapa. Macam mana nak kahwin.”

Yang lebih kesian ialah bila kena tipu dengan skim cepat kaya.

Cerita dia, orang paling miskin kalau dapat duit 1 juta pun akan kembali miskin bila dia tak reti urus duit.

Hannan Shawalludin
Perunding,
INFAQ Consultancy

#sembangkewangan #urusduit #millionairemind #muhasabahdiri #takafulikhlas#takaful #rancangkewangan #celikkewangan #infaq #infaqconsultancy#afyanmatrawi #afyan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com