Perubahan kaedah zakat ASB yang ramai masih keliru

ZAKAT ASB

Selepas diumumkan tahun lalu, saya merujuk website ASNB, bertanya sendiri kepada pegawai agama PNB dan pegawai pusat zakat, untuk memahami kaedah baru zakat ASB.

Agak komplikated juga nak memahaminya. Berikut adalah apa yang saya faham, jika salah mohon pembetulan

1. Zakat ASB sekarang masih perlu dibayar seperti biasa sebagaimana fatwa-fatwa negeri sedia ada iaitu zakat ke atas modal dan keuntungan ASB.

2. Zakat secara khultah dijangka diperkenalkan secara rasmi pada pertengahan tahun ini.

3. Zakat secara khultah ini merujuk kepada kaedah zakat secara kolektif daripada 2 atau lebih pemilik harta yang disatukan, sebagaimana zakat Tabung Haji.

4. Ia bukan secara automatik tapi secara pilihan kepada mana-mana pendeposit yang mahukan, tidak seperti Tabung Haji yang automatik.

5. Jika pendeposit memilih untuk bayaran zakat secara khultah, maka pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat selepas keuntungan diterima sebab ASNB akan membayar zakat tersebut secara kolektif sesama pendeposit lain yang memilih kaedah sama.

6. Bagi pendeposit yang tidak memilih bayaran zakat secara khultah, maka ia dikira zakat individu dan perlu bayar berdasarkan fatwa negeri-negeri sedia ada, iaitu zakat ke atas modal dan keuntungan

Namun ada satu persoalan yang saya gagal dapat jawapan iaitu, adakah nanti akan ada 2 kadar keuntungan berbeza di antara pendeposit yang memilih zakat khultah dengan yang tidak?

Apa pun tunggu pengumuman pelaksanaannya kelak

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Add a Comment