fbpx

Plot twist dalam viral stories: Belajar dari cerita-cerita yang mengejutkan

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 276Words
  • 147Views

Banyak isu yang viral, selalunya di hujung sekali akan ada plot twist.

1. Cerita Abang Burger yang berniaga kecil-kecilan depan rumah kena saman RM50K tapi rupanya itu kesalahan beberapa kali yang mendatangkan masalah kepada jiran tetangga dan sebenarnya Abang Burger itu bukanlah orang susah. Kemudian twsit pagi cerita bahawa aduan jiran tersebut palsu dan Abang Burger itu memang peniaga kecil. Dua tiga kali plot twist.

Gambar dari bharian.com.my

2. Cerita 3 ibu tunggal dihina pusat zakat lalu terpaksa mendapat bantuan daripada gereja selama 9 tahun, tapi rupa-rupanya mereka memang asnaf zakat yang sudah menerima bantuan zakat berpuluh-puluh ribu selama ini.

3. Kisah seorang wanita tua yang dibuang oleh anak menantu, kemduain menanti dakwa bahawa rupa-rupanya dia yang selama ini membuang anak-anaknya sendiri. Lepas tu twist lagi, apabila cucu pula menafikan cerita tersebut. Berapa banyak plot twist daa…

4. Kisah bantuan motosikal diberikan oleh seorang YB kepada rider berbasikal. Kemudiannya SM berlaku plot twist apabil terbongkar bahawa ia hanya lakonan dan tak logik harga motosikal yang diberikan siap ada yang berani cabar. Akhir sekali plot twist berlaku lagi apabila kedai motor munculkan diri dan tunjukkan ia memang harga motor sebenar sehingga pembongkar tadi deactivate FB

5. Kisah seorang nenek miskin yang meminta bantuan. Katanya dibuang keluarga dan anak-anak. Akhirnya terbongkar oleh orang kampung sendiri bahawa tiap-tiap bulan dapat ribuan bantuan.

6. Awal-awal bulan puasa hari tu kata boleh balik beraya, tapi tup-tup tak boleh rentas daerah dan rentas negeri. Ini plot twist paling sedih dan mengharukan. Dari raya Aidilfitri sampai ke raya haji tak dapat balik beraya.

Berhati-hati dengan berita viral di mainstream. There are two side of every coin. Kecuali Bitcoin 😅

Ada lagi cerita lain?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
#MemoriHaji1438 Saya menjejak kaki di bumi Mina dalam keadaan yang…