fbpx

Protection / Takaful

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 244Words
  • 499Views

Dipetik dari FB Ajiyan.com


Protection atau takaful di dalam perancangan kewangan, fungsinya seperti simpanan kita iaitu untuk digunakan pada waktu kecemasan.

Akan tetapi, kecemasan dalam konteks takaful adalah untuk kecemasan yang lebih besar yang juga kadang kala disebut juga sebagai financial disaster/ malapetaka kewangan.

‘Financial disaster’ ini biasanya disebabkan oleh 3D iaitu;
1. Death
2. Disable
3. Disease

Bila berlaku death/ kematian maka akan kehilangan lah sumber pendapatan. Terutama jika yang meninggal itu adalah sipencari nafkah untuk keluarga tersebut.

Apabila disable/ hilang upaya kekal pula, sudah tentu orang berkenaan tidak boleh berkerja seperti biasa. Tetapi, pada masa yang sama segala perbelanjaan harian seperti belanja sekolah anak, makan, minum, bil2 utiliti dan sebagainya masih perlu dibayar.

Manakala apabila sakit menyerang/ disease, keupayaan untuk berkerja juga akan terhad sebagaimana disable tadi. Tetapi perbelanjaan2 lain masih berterusan. Lebih perit, ditambah lagi perbelanjaan untuk kos-kos rawatan.

Apabila berlaku 3D tersebut, keupayaan untuk berkerja dan mendapat income seperti biasa akan terhalang. Tetapi, perbelanjaan-perbelanjaan lain masih berjalan.

Apabila sudah kehilangan pendapatan, cara untuk menampung kekurangan tersebut adalah dengan mencairkan asset-asset yang ada seperti menjual rumah, kereta, saham, barang kemas dan lain2.

Di sana akan bermulanya financial disaster apabila perbelanjaan sudah melebihi pendapatan. Lama kelamaan surpluss akan menjadi negatif.

Jadi apa yang perlu dilindungi/ protect di sini ialah :
1- income protection/ income replacement
2- asset prevention/ pengekalan asset
3- debt settlement/ penyelesaian hutang.

Maka disinilah takaful akan berfungsi sebagai pelan kecemasan anda.

Ajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Perniagaan apa yang boleh memberikan pulangan 100-500 persen dalam masa…