fbpx

Pulangan ASB Paling Rendah Dalam Sejarah! Apa Nak Buat?

  • 2 years ago
  • 6Minutes
  • 1098Words
  • 682Views

Ada 2 soalan popular yang sedang berlegar berikutan pulangan ASB paling rendah dalam sejarah.

Soalan pertama:
“Afyan, pulangan ASB tahun ini paling rendah, apa nak buat?”

Soalan kedua:
“Saya buat ASB Financing Maksima RM200,000 tahun lepas. Pulangan ASB tak cukup nak cover installment. Apa nak buat?

Al-Jawab;

Kalau tanya ejen ABCTakaful, “Masuk takaful 3 Dalam 1 la. Ada perlindungan, ada medical card, ada simpanan”

Kalau tanya ejen unit trust ZZZ Asset Management, “Masuk unit trust la. Boleh bagi return 15% ke 20% setiap tahun, patuh syariah lagi.”

Kalau tanya ejen XXX Gold, “Beli emas, harga emas meningkat setiap tahun”.

Kalau tanya geng scam, “Masuk skim Bingo la, boleh dapat duit bulan-bulan”.

Kalau tanya ejen XXX Bank, “Batal loan lama, buat baru. Sekarang ada promosi 4.5%. Lagi untung maaaaa…. “.

Kalau tanya ejen syarikat MLM XYZ, “Join pelaburan kami RN100 – RM200 sebulan, ROI RM200K setahun”.

Kalau tanya ejen Telco ABCD pula, “Meh buat duit dengan handphone”.

Kalau broker saham pula, “Boleh buka akaun CDS kemudian trade saham”.

Kalau tanya Norsham; “Beli tanah kemudian pecah lot supaya duit tidak diganggu oleh lembaga”.

Kalau tanya Tok Belagak; “Beli emas, kemudian pajak dekat ar-rahnu utk dapat cash. Lepas tu beli lagi dan pajak lagi. Rolling sampai habis”

Kalau tanya geng ARBA Kopi Pak Belalang, “Meh beli kopi dengan ana. Ente boleh dapat untung tiap-tiap bulan. Ini MLM cara baru. Tak payah simpan stok”.

Nota; Jangan tanya si tukang gunting sama ada kita perlu gunting rambut atau tak.

Kalau tanya saya?

Maintain sahaja di ASB. Bukan tempat duit itu yang kita kena ubah, tapi mindset kita.

Hartanah, saham, unit trust, takaful, ASB financing – semua ini adalah alat, instrumen dan produk dalam kewangan.

Ia tidak memberi sebarang jaminan terhadap pelanggan atau penggunanya.

Ada orang boleh untung besar dengan hartanah. Ada orang rugi besar disebabkan hartanah.

Ada orang dapat wang besar selepas melabur dalam saham. Ada orang jatuh bankrap sebab silap melabur dalam saham.

Ada juga orang yang boleh dapat untung dengan unit trust. Ada orang yang tak pernah untung dalam pelaburan unit trust.

Begitu juga dalam ASB. Ada orang kata “rugi” sebab pulangan lagi rendah berbanding tahun lepas dan paling rendah dalam sejarah. Dalam masa sama ada orang yang tak kisah seban ia lebih tinggi daripada fix deposit (FD) atau simpanan tetap.

ASB financing pun begitu. Ada orang yang tetap dapat untung melalui produk ini. Ada juga orang yang rugi.

Kena jadi begitu? Baca selanjutnya.

Ketahuilah bahawasanya, dalam mana-mana pelaburan, orang yang untung adalah golongan minoriti. Majoriti hanya balik modal atau lebih teruk, rugi.

Pentingnya ILMU

Apa yang membezakan antara mereka yang rugi dan mereka yang untung dan mereka yang untung besar?

ILMU!

Ya, ilmu.

Itulah yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran (konteks berbeza daripada tulisan ini);

“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang tidak berilmu?”.

Ia juga disebut oleh Saidina Ali:

“Andai engkau ingin mencari dunia, carilah dengan ilmu. Andai ingin mencari akhirat, carilah dengan ilmu. Andai ingin kedua-duanya, carilah juga dengan ilmu”.

Ilmu inilah yang akan menentukan MINDSET. Dengan ilmu jugalah yang akan mengubah mindset kita. Apabila mindset berubah, tindakan kita akan turut berubah. Akhir sekali, hasil pun akan berubah!

Dalam banyak situasi, saya berani katakan, sebenarnya kekal wang anda di ASB (atau Tabung Haji) adalah lebih baik berbanding kita keluarkan ke mana-mana instrumen lain, tanpa persediaan ilmu.

Majoriti rakyat Malaysia, masih rendah literasi kewangan.

Buktinya boleh lihat statistik jumlah simpanan rakyat Malaysia, jumlah KWSP rakyat Malaysia, kadar muflis di kalangan orang muda Malaysia dan sebagainya.

75% rakyat Malaysia tak ada simpanan, hatta RM1,000 jika berlaku kecemasan.

60% pencarum KWSP habiskan wang tabungan KWSP dalam masa 3 tahun selepas pencen.

60% orang yang diisytiharkan muflis adalah dari golongan muda.

80% yang keluarkan duit KWSP untuk pelaburan, dapat pulangan sama atau lebih rendah dari pulangan KWSP.

Itu hanya sebahagian statistik tentang literasi kewangan rakyat Malaysia.

Tak masuk lagi statistik rakyat Malaysia kena sontot.

Kita tak mampu pun nak ubah pulangan ASB supaya jadi 10‰ ke atas macam dulu-dulu. Ubah kerajaan pun kita dah buat, tapi nampaknya macam lompat dari mulut Hela , masuk ke mulut Thanos pula. Takkan nak tukar Thanos balik yang sedang berpakat dengan Loki?

Nak tak nak, kena tambah ilmu. Ia perkara yang kita boleh kawal. Bukan tukar dari ASB atau Tabung Haji ke instrumen lain dulu. Bukan tanya nak invest dekat mana.

Analogi mudah macam ni la. Antara kereta Viva dan kereta racing, mana lagi laju? Sudah tentu kereta racing. Nama pun racing. Tapi kalau kereta racing tu diberi kepada orang yang baru belajar naik basikal, berapa jauh dia ia boleh pergi? Berbanding dengan kereta Viva, dibawa oleh Michael Schumacher, berapa jauh ia boleh pergi?

Agak-agak kalau Viva diberi kepada Michael Schumacher, lumba dengan kereta racing dipandu oleh budak yang baru belajar naik basikal, siapa menang?

Tuan-Puan boleh agak apa jawapannya.

Sama la juga macam instrumen-instrumen kewangan yang ada di Malaysia. Ada ASB, ada unit trust, ada saham, ada hartanah, dan macam-macam jenis pelaburan yang lebih kompleks seperti ETF, sukuk, deriavatif dan segala macam mak nenak jenis pelaburan yang kalau sebut pun mungkin ada yang tak pernah dengar. Setiap satu ada risiko dan kos tersendiri.

Jadi, bukan instrumen / produk / alat kewangan yang kita kena ubah dahulu.

Dulu kita salahkan Najib. Najib dah jatuh. Sekali dengan ASB terus jatuh lepas beliau jatuh.

Nak salahkan siapa pupa selepas ini? Lim Guan Eng, sebab tak pandai urus kewangan negara? Azmin, sebab tak pandai jadi Menteri Ekonomi? Tun M? Anwar? Neelofa? Hydra?

Kalau betul mereka bersalah, apa boleh kita buat? Nak ubah?

Ya, perubahan perlu dibuat. Tapi siapa?

Sebenarnya, ada satu benda yang kita boleh ubah dengan segara.

Ubah tabiat dan Habit kewangan kita.

Kita boleh ubah buku yang kita baca. Kita boleh ubah akaun FB siapa yang kita nak follow dan see first. Antaranya FB ini. Ehem, ehem.

Semua tu tak perlu modal dan kos besar pun.

Saya tulis panjang-panjang ni, baca sampai habis gak?

Kalau malas baca semua, baca summary tulisan saya ni;

1. Nak ubah pulangan ASB? Tak boleh.
2. Jadi, kita kena ubah mindset dengan tambah ilmu kewangan.
3. Lepas mindset berubah, maka tindakan pun akan berubah.
4. Apabila tindakan berubah, maka hasil pun akan berbeza.
5. Kita tak boleh nak ubah pulangan ASB, tapi kita ada peluang utk dapatkan pulangan yang lebih tinggi dari ASB.

Mulakan dengan ILMU.

Dan janganlah expect, hari ni belajar ilmu, esok lusa dapat untung riban-riban?

Takkanlah hari ini kahwin, esok dapat anak? Eh…

Afyan Mat Rawi
Dah lama tak aktif akaun ASB.
Aktif akaun FB sahaja. Cuba la follow dan klik see first.

P/S: Saya tulis panjang-panjang ni, ada ke yang baca?

IKLAN: ASB Financing PALING RENDAH DI DUNIA.

Kalau tak konfiden, jangan apply. Ia pelaburan yg ada potensi untung dan RISIKO RUGI

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tak dapat dinafikan, memang ada ejen ASBF yang menjalankan promosi…