Pusaka – Pencen Terbitan

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Pusaka:-

Seorang isteri meninggal dunia. Dia meninggalkan lapan orang anak.

Waris:-
suami, seorang anak perempuan , tujuh anak lelaki.
.
.
SOALAN :
Adakah wang berikut dikira sebagai harta pusaka?
.
1) Duit simpanan isteri di dalam bank
.
2) Wang sedekah dari saudara mara dan kenalan selepas kematian isteri
.
3)Wang pencen yang ada di dalam simpanan (dalam tangan) isteri
.
4)Bayaran pencen terakhir yang diterima selepas kematian isteri (contoh si isteri meninggal dunia pada 2 Januari 2019 bayaran pencen diterima pada 20 Januari 2019)
.
.
JAWAPAN:
.
1. Tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka. Kerana harta itu menjadi milik isteri sebelum kematiannya
.
2. Tidak dikira sebagai harta pusaka dan ahli keluarga boleh mengambil manfaat dengannya. Hal ini kerana harta itu dianggap sebagai sedekah atau pemberian, dan ia bukan menjadi milik si isteri sebelum kematiannya.
.
3.. Tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka. Kerana harta itu menjadi milik isteri sebelum kematiannya
.
4. Tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.
.
.
Ringkasnya, bayaran pencen ini dikenali sebagai Pencen Terbitan. Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen atau pesara yang telah meninggal dunia.
.
.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-21 yang bersidang pada 12 Sep 1988 telah membincangkan Ganjaran Terbitan Dan Pencen Terbitan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka, maka kaedah pembahagiannya tidak tertakluk kepada kaedah pembahagian harta pusaka.

#IsuPusaka
#HartaPusakaAtauBukanHartaPusaka
#PencenTerbitanBukanHartaPusaka
#AmbilCaknaBerkenaanPusaka
#RancangKewanganAnda
Afyan Mat Rawi # Afyan Mat Rawi, IFP # INFAQ Consultancy

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Tags:
WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com