Penjawat Awam Dan Hutang

Dipetik dari FB Aiman Zaki Salleh

Penjawat awam dan hutang.

Sekitar 1.6 juta orang penjawat awam di Malaysia.

Kajian Bank Negara Malaysia pada 2018 menemukan beberapa fakta menarik tentang hutang penjawat awam.

1. Dari soal selidik 1.26 juta orang penjawat awam – hampir ke semua penjawat awam 97% ada membuat pinjaman tertentu.

Tak hairan. Yang saya hairan pada yang tidak buat pinjaman. Kalau ada yang baki 3% tu di kalangan rakan saya di sini, tolong munculkan diri – saya nak belajar.

2. Hampir separuh penjawat awam (47%) habiskan kelayakan pinjaman untuk tujuan penggunaan – pinjaman peribadi, kad kredit, kenderaan bermotor dan lain-lain. Lebih tinggi dari purata kebangsaan sekitar 35%.

Fuh. Kalau ada yang dalam keberhutang serius, mohon buat pilihan untuk tambah baik kewangan dengan segera. Statistik sosial menunjukkan masalah kewangan ni berkait rapat dengan isu kesihatan mental.

3. Baru tahu yang hampir 2/3 dari penjawat awam bergaji di bawah RM5000. Dan hampir separuh dari mereka yang berhutang menetap di empat negeri yang utama (Selangor, Kuala, Lumpur, Pulau Pinang dan Johor) yang mempunyai kos sara hidup lebih tinggi secara relatif dari negeri lain.

Sebahagian dari statistik?

Tak salah berhutang. Cuma pastikan hutang di urus dengan baik.

Perlu bantuan pengurusan hutang?

Khidmat rundingan individu ini khusus bagi penjawat awam dalam masalah hutang. Khidmat ni adalah PERCUMA untuk tambahbaik pengurusan kewangan.

Hanya bagi mereka yang komited dan buat pilihan untuk berubah sahaja yang boleh sertai. Ini bukan program AKPK atau akauntan yang membantu menyelesaikan rekod atau kira-kira cukai.

Berminat?

Klik https://aimanzaki.wasap.my untuk terus ke aplikasi Whatsapp. Kita sambung bincang disana.

Psstt – Ini statistik zaman Malaysia lama. Tak sabar nak tunggu statistik Malaysia Baru.

Psstt lagi – Tahu tak, secara kebetulan rakyat Kelantan paling ramai jadi penjawat awam berbanding negeri lain.

‘Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’

Aiman Zaki,
Bekas penjawat awam lahir di Kelantan bermastatutin di Melaka.

#INFAQConsultancy
#Melaka
#hutang
#penjawatawam
#takaful
#hibah
#pelaburan
#pusaka

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com