Putus Silaturahim Punca Rezeki Sempit
Sedar atau tidak, bermasam muka dan marah-marah boleh membuatkan rezeki lari menjauhi kita!
Allah tak suka. Perbuatan ini boleh merosakkan hubungan dan silaturrahim.
Apa kata pagi ini kita mulakan dengan senyuman kepada ahli keluarga dan rakan-rakan pejabat dulu?
Kalau boleh senyum kat kereta sebelah masa jalan jem, itu lagi bagus. Hihi.
Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka yang menjaga silaturrahim.
Perkara ini telah disebut dalam satu hadis,
“Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”
(HR Bukhari dan Muslim).
Bila kita senyum dengan ikhlas, kita sebenarnya dah dapat pun rezeki dari Allah. Rezeki Kebahagiaan.
Tak caya? Cuba senyum sekarang, mudah je kan?😄
Amalkan sekarang dan rasai kemanisannnya.
Jemput share ya. Moga bermanfaat buat semua.😊👍
Assalamualaikum!
Tulisan asal oleh Tuan Zuhairi Nopiah, penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti. Baca selanjutnya di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran