fbpx

Raya tak lengkap tak lalu jammed

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 145Words
  • 377Views

Saya balik kampung pada hari Jumaat lepas ke Melaka.

Plan bergerak jam 12 tengah hari dari Gombak dan ambil anak di asrama di Cheras sebelum bergerak ke selatan. Jangkanya boleh solat Jumaat di area Bangi.

Pagi tu dapat berita highway sesak teruk sebelah malamnya.

Entah macamana, jam 12:30 baru bergerak dan tengok Waze, ETA 4 jam 30 minit. Dalam hati, bertabahlah. Sebagaimana dijangka.

Sampai sekolah anak dah masuk waktu solat Jumaat dan terus sertai jemaah di masjid berkekatan.

Lepas solat Jumaat, cek Waze ETA 1 jam 30 minit. Eh? Pelik pula rasa. Takkan tak jammed? Walhal malam sebelumnya jamm teruk.

Lepas tu jalan memang clear. Siap sempat singgah di Gellery Ustazah Asma Harun di Senawang. Kat situ jammed sedikit. Tapi lepas masuk highway, jalan masih clear.

Sampai sekarang masih tak percaya. Mungkinkah saya dapat lailatulqadar? 😅

Rasa macam tak lengkap raya sebab tak lalu jammed 🤣🤣🤣

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berhati-hati ketika tukar duit kecil atau tukar duit baru untuk…