fbpx

Risiko Beli Tanah Lot

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 195Words
  • 415Views

Teraniaya apabila tak faham

Sempena isu scam hartanah, suka sya kongsi tulisan ini. Berkenaan tentang urusniaga tanah lot, saya terutama lot lidi.

Banyak berlaku pembelian tanah lot banglo yang belum ada geran individu, bermasalah. Ia bukan scam, tapi ada yang teraniaya apabila tak faham.

Kalau nak beli tanah lot pastikan ia sudah ada geran individu berstatus bangunan. Tanah lot yang tiada geran individu berstatus bangunan ini juga dipanggil sebagai lot lidi.

Berikut adalah risiko-risiko yang bakal dihadapi sekiranya anda beli tanah lot yang tiada geran individu berstatus bangunan (lot lidi).

1. Tidak boleh dipindahmilik kepada pembeli.

2. Nama pembeli tiada dalam geran.

3. Tidak tahu kedudukan sebenar tanah.

4. Tidak boleh bina rumah secara sah di atasnya.

5. Tidak boleh digadaikan kepada bank untuk dapatkan pinjaman.

6. Tidak boleh diwariskan kepada waris apabila pembeli meninggal dunia.

7. Tanah masih jadi hak pemilik asal.

8. Tidak layak mendapat pampasan jika tanah diambil oleh Kerajaan.

9. Tidak boleh dipindahmilikkan kepada waris.

10. Terdedah kepada unsur-unsur penipuan, penyelewengan dan perbalahan dengan penjual.

Jadi, KATAKAN TIDAK kepada TANAH LOT YANG TIADA GERAN INDIVIDU BERSTATUS BANGUNAN

Tulisan di atas oleh Tuan Salkukhairi, seorang peguam berpengalaman.

Nak lagi tak ilmu-ilmu guaman hartanah? Rujuk komen.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Syafiq Ashraff Malik Alhamdulillah, selesai urusan di…