Rumah Mampu Milik (SIRI 1)

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:95Views

Dipetik dari FB Akif RAdzi

RUMAH MAMPU MILIK (SIRI 1)

Actually banyak sebenarnya projek rumah mampu milik yang dibangunkan oleh kerajaan pusat, kerajaan negeri ataupun pemaju swasta.

Antara contohnya PPAM, Rumah Selangorku dan lain-lain.

Aim utamanya adalah untuk tolong geng B40 ngan M40 at least ada rumah sendiri. Takyah nak sewa dah.

Tapi sayang kot..

Suku ketiga tahun lepas je paling kurang dok ada 7000 buah rumah tak dak pembeli.
Banyak tu..

Kalu 1 projek ada 1500 rumah, hampir 4-5 projek yang dah siap tapi takda orang duduk.

Fuhh. Membazirkan?

Persoalannya betui ka rumah mampu milik? Atau mampu tengok?

Kalau ikut analisa pakar ada beberapa faktor juga, antaranya :

1. PARAS MAKSIMA SEKITAR RM300,000
Kalu kita ambik nilai ni, bulanan yang kena bayar sekitar RM1200-RM1500 (bergantung pada rate bank)
Tinggi la juga. Fresh graduate pun gaji RM1800.

2. LOKASI
Kebanyakkannya lokasi yang ditawarkan terlalu jauh dengan bandar dan kemudahan awam juga menjadi faktornya

3. URUSAN PERMOHONAN
Termasuk juga proses perolehan serta syarat untuk permohonan pembiayaan perumahan yang dikatakan agak ketat dan penuh birokrasi.
Saya pernah dengar juga dari seorang rakan saya yang memohon rumah mampu milik.

4. KAJIAN PEMBINAAN
Projek syok sendiri. Mungkin tiada kajian supply n demand yang kukuh.

Dan banyaklah lagi.

CUMANYA

Kita janganlah mengalah!

Kawal apa yang kita mampu kawal.

Tingkatkan pendapatan. Usahakan pekerjaan tambahan yang mempunyai perkembangan karier.

Sedeqah. Menambah ketenangan hidup dan keberkatan rezeki.

Mindset. Sentiasa positif dan memberi ruang yang luas untuk minda diisi dengan ilmu.

Akif Radzi
INFAQ Consultancy
Tumpang Parking

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Selalunya apabila keluar berita macam ni, tak lama lepas tu…