Rupa-Rupanya Tidur Pun Ada Seninya.
Berapa jam kita tidur sehari?
Pukul berapa kita tidur semalam?
Pukul berapa kita bangun pagi tadi?
Tidur balik tak lepas subuh?
Rupa-rupanya tidur pun ada seninya.
Saya baru tahu tentang kajian “The Art Of Sleeping” selepas membaca ebook Tuan Zuhairi Nopiah, Mudahnya Mengurus Masa.
(Ebook tersebut boleh diperolehi di sini)
Kajian itu dibuat oleh Dr. Hamza Al-Hamzawi, dalam seorang profesor psikatri di Fakulti Perubatan Universiti Al Qadisia.
Dalam kajian bertajuk “The Art of Sleeping” itu beliau berkongsi bahawa cara terbaik untuk mengurus masa ialah dengan mengurus waktu tidur.
Wow!!! Takjub saya membacanya. Tak sangka ada kajian tentang “seni tidur”
Lantas saya bertanyakan kepada pakcik kegemaran ramai, Pakcik Google dan dapat banyak penemuan menarik.
Saya dapati ada penulisan menarik tentang kajian ini dalam beberapa blog.
Saya copy paste tulisan tersebut. Jika ada yang tahu siapa penulis asal, mohon kongsikan:
“Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8 jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman sekarang ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2 pagi, itu dah lebih dari baik).
Berdasarkan sunnah, Rasulullah SAW sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat ‘Baraka’ di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.
Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.
Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi:
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah ‘dream sleeping’ yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.
Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr):
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.
Tidur pada waktu siang (selepas Fajr):
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.
Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari:
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu ‘serotonin’ iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan ‘Jamat’ dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.
Pembebasan ‘melatonin’ oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.
Jadi, jika seseorang mendapat ‘Alzheimer’ dan permulaan ‘Dementia’, bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.”
Menarik tulisan tersebut, dan saya kongsikan juga infografiknya. Juga saya copy paste dari Pakcik Google.
Ebook yang saya baca boleh didapati di sini
Ada banyak lagi tip pengurusan masa yang dikongsi dalam ebook “Mudahnya Mengurus Masa”.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran