Saya sampaikan fakta, ejen pula yang terasa?
Semalam saya tulis tentang “hibah takaful boleh dicabar”.
Tak sangka, posting itu menarik perhatian Dato Zainul Rijal Abu Bakar, seorang peguam syarie yang sangat berpengalaman dan juga penasihat kepada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia.

Beliau bukan calang-calang orang dalam dunia perundangan syariah.
Terus terang, saya agak berdebar juga nak balas komen beliau. Lepas itu saya PM beliau secara peribadi dan berkongsi semua dokumen serta maklumat yang saya ada berkenaan kes tersebut.
Alhamdulillah, beliau tidak pun mengkritik tulisan saya. Malah saya turut meminta beliau menegur saya jika ada yang salah dalam tulisan tersebut.
Saya manusia biasa, tidak lari dari kesalahan.
Berbeza pula dengan segelintir ejen takaful yang marah-marah, siap persoalkan saya katanya “tak layak ulas sebab bukan pengamal undang-undang.”
Sedangkan saya tak pun ulas keputusan mahkamah.
Saya cuma maklumkan bahawa ada kes hibah takaful yang dicabar di Mahkamah Tinggi, itu saja.
Dan mesej saya ringkas dan jelas:
1. Hibah takaful boleh dicabar
2. Ejen takaful jangan overclaim
Tapi yang tersentap dan jadi bitter, biasanya ejen-ejen takaful yang selama ini kuat mendakwa kononnya “hibah takaful tidak boleh dicabar”
Apabila klien tahu fakta sebenar, mereka mula cuak.
Walhal, siapa yang misleading dari awal?
Siapa yang selama ini membuat dakwaan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar?
Siapa selama ini yang perkecilkan faraid demi untuk mempromosi hibah takaful?
Kalau dari mula ejen takaful itu jujur, tak overclaim, tak manipulasi fakta, tak perlu pun nak panik.
Yang salah fakta, segelintir ejen lain
Yang kena betulkan fakta, saya.
Tapi yang kena marah, juga saya.
Pelik, kan?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran