Scene Yang Wajib Ada Dalam Drama Melayu

Gambar hiasan semata-mata

Di TV, kebanyakan drama atau filem melayu menggambarkan bisnesman yang kaya sebagaimana berikut;

  • seorang korporat,
  • rumah besar gedabak macam istana,
  • kereta banyak dsn besar,
  • anak tak ramai. Seorang dua je.
  • anak belajar oversea (kalau tak UK, mesti US), mesti ada driver dan tukang kebun
  • sembang bisnes saham juta-juta,
  • guna panggilan “papa-mama”,
  • pakai formal suit masuk pejabat,
  • bawa breif case besar,
  • disambut oleh gadis cantik sebagai PA
  • ada pangkat Dato’ Datin
  • main golf
  • dan sebagainya. Ada yang tertinggal? Tolong bagi cadangan tambahan

Kemudian selalunya, mereka ada konflik rumah tangga;

  • pasangan curang,
  • bisnesman itu sendiri main kayu 3,
  • ada skandal dengan PA, atau
  • anak-anak yang bermasalah.
  • Ada yang tertinggal? Tolong bagi cadangan tambahan

Atau si bisnesman ada masalah bisnes dengan partner masing-masing kemudian anak mereka saling jatuh cinta.

Atau mungkin juga partner bisnes mengkhianati atau pecah amanah.

Tuan-Puan boleh tambah sendiri.

Saya ada 3 guru bisnes jutawan. Jutawan sebenar-benarnya. Harta mereka melebihi RM1 juta nilai aset bersih mereka. Malah sebenarnya lebih.

Saya mengenali secara personal, 3 orang jutawan yang saya anggap mereka sebagai sifu saya.

Ketiga-tiga mereka adalah Melayu Muslim, yang mempunyai bisnes tersendiri.

Seorang mempunyai bisnes penerbitan, seorang lagi pula jutawan melalui pelaburan, dan seorang lagi melalui bisnes eksport.

Tapi ketiga-tiga mereka, tidak seperti jutawan sebagaimana digambarkan di FB, filem atau drama Melayu.

Seorang, saya pernah ke rumahnya yang tidak mempunyai perabot malah tiada pagar pun rumahnya.

Seorang lagi, ketika mula-mula kenal sehingga kini lebih selesa membawa Kelisa.

Yang seorang lagi hanya bawa motosikal Honda Cup!

Hahahaha!

Langsung tak sama dengan gambaran orang bisnes dalam TV.

 

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com