fbpx

Sejauh mana produk takaful investment-linked memenuhi keperluan pelaburan?

  • 7 months ago
  • 4Minutes
  • 687Words
  • 533Views

Innalillah… Selepas posting saya berkenaan penipuan ejen takaful kelmarin, macam-macam feedback saya terima.

Ini antara yang diterima, dalam sebuah posting rakan lain yang mengambil screenshot daripada posting kelmarin.

Seperti biasa, ejen promosikan takaful sebagai produk pelaburan. Katanya ada supreme MDRT gunakan cara ini.

Dalam gambar yang dikongsikan, proposal bikinan ejen sendiri dengan sumbangan RM500,000 dalam masa 5 tahun, mampu menghasilkan pulangan 5% ke 15%.

Diunjurkan wang tadi boleh berganda RM800,000 ke RM1.8 juta dalam masa 20 tahun. Wowwwwssss!

Patutlah dapat Supreme MDRT!

Ramai ke ejen takaful yang dapat MDRT guna cara macam ni?

Dalam hal ini, ia bukan isu produk. Produk tak ada masalah.

Kebetulan tempoh hari ternampak video daripada seorang ejensi leader dengan bangganya cerita dia dapat income RM18,000 pada bulan pertama dia jadi ejen.

Katanya dia ada blueprint untuk ejen-ejen takaful yang bernaung di bawah ejensi dia untuk capai income 5-6 angka dalam masa yang singkat.

Dalam blueprint itu katanya dia tak ajar ejen-ejen untuk close kes-kes kecil hibah takaful dan medical card.

Macam-macam cerita ejen kejar MDRT.

Ada juga kes ejen yang diajar untuk close kes besar dengan cara mengajar klien memindahkan simpanan yang ada ke dalam akaun takaful dalam rider saver stay top-up.

Klien diberitahu kalau letak dalam ASB atau Tabung Haji, nanti susah dicairkan apabila berlaku kematian dan perlu difaraidkan.

Jadi solusi terbaik dalam proposal mereka adalah pindahkan ke dalam akaun polisi takaful.

Biasanya produk yang ditawarkan ialah investment link takaful.

Produk tak ada masalah.

Yang jadi masalah ialah klien tidak diterangkan pun perbezaan kos simpanan di Tabung Haji dan ASB berbanding kos sekiranya jumlah sama diletakkan dalam akaun takaful Investment link.

Contohnya begini, andaikan pelanggan mempunyai simpanan sebanyak RM100,000.

Jika RM100,000 diletakkan dalam ASB atau TH, tidak ada sebarang caj dikenakan.

Tapi jika ia diletakkan dalam rider takaful saver atau top-up Akan dikenakan caj sebanyak 5%, dan daripada situlah ejen dapat komisen.

Seklai lagi diulangi, produk tak ada masalah jika ia sesuai dengan situasi pelanggan yang selalunya ia ditawarkan kepada individu yang mempunyai aset bersih yang tinggi atau high networth individual (HNI).

Yang jadi masalah ialah apabila berlaku mismatch antara produk dengan keperluan sebenar pelanggan.

Ditambah pula tidak diceritakan kos-kos yang terlibat apabila melanggan produk berkenaan.

Kemudian dikatakan bahawa pelaburan daripada produk Investment-link tersebut mampu memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding ASB dan Tabung Haji.

Dan selalunya, sekiranya bayaran klien RM100,000 setahun, akan dipecahkan RM10,000 ke dalam basic produk dan bakinya RM90,000 ke dalam rider tersebut.

Maka, caj ke atas “simpanan” tadi semakin besar untuk basic produk RM10,000 iaitu boleh mencecah 50% ke atas.

Jadi tinggal berapa simpanan untuk pelanggan jika dibandingkan dengan ASB dan Tabung Haji yang tidak ada sebarang kos langsung?

Sekali lagi saya ulangi, produk tak ada masalah. Saya pun ada ramai klien yang melanggan produk Investment-link.

Kenapa saya katakan tak ada masalah tentang produk?

Sebab memang ada orang-orang yang kaya ni, ada terlalu banyak lebihan duit.

Rumah dah ada,

ASB dah full,

takaful full protection dah ada,

saham pun dan banyak,

zakat dan sedekah pun memang sentiasa bagi lebih,

haji pun dah tunaikan,

– maka sesuailah produk seumpama itu.

Tak jadi masalah kalau yang langgan adalah individu seperti ini. High networth individual atau HNI.

Yang jadi masalah ialah apabila ejen menipu, misleading, misselling dan mismatch.

Yang jadi masalah besar apadabil produk seumpama ini dicadangkan kepada

mereka yang baru nak bekerja,

mereka yang sedang struggle mengumpul duit,

mereka yang baru-baru nak ada saving 6 angka,

dan seumpamanya.

Dan jika mereka ini tahu perbezaan sebenar dan kos-kos yang terlibat apabila melanggan produk seumpama itu, meraka akan sedar bahawa menyimpan di Tabung Haji dan ASB lebih berbaloi dan menguntungkan.

Jika mereka mahukan perlindungan, fokus produk takaful biasa yang bukan bertujuan untuk pelaburan dan simpanan.

Jika ada elemen simpanan atau lebih sesuai disebut sebagai nilai tunai atau cash value, bertujuan untuk

1. Sustainability sumbangan bayaran, terutama apabila berlaku repricing.

2. Back-up sekiranya berlaku short-fall dalam pembayaran bulanan dan mengelakkan polisi cepat lapse apabila terlupa buat bayaran.

Sebenarnya, ada produk takaful dengan komisen ejen sahaja boleh cecah 40%, jika campur dengan overriding ia boleh cecah sehingga 65% – celah mana ia dijadikan sebagai simpanan dan pelaburan?

Ya ia sebagai simpanan dan pelaburan untuk ejen, bukan untuk klien.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini pandangan saya berkenaan takaful pendidikan. Saya dah jadi ejen…