fbpx

Mengapa takaful pendidikan bukan pilihan utama dalam perancangan kewangan anak-anak

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 249Words
  • 391Views

Ini pandangan saya berkenaan takaful pendidikan.

Saya dah jadi ejen takaful 20 tahun pun tak ambil produk takaful education untuk anak-anak, dan saya sangat jarang mencadangkan takaful pendidikan kepada pelanggan saya.

Kali terakhir saya pernah cadangkan kepada pelanggan ialah kira-kira 10 tahun lepas.

Bagi tujuan menyimpan dana pendidikan, lebih sesuai menggunakan Tabung Haji atau ASB, lebih berbaloi. Atau buka akaun SSPN I.

Takaful pula untuk perlindungan kepada ibu bapa dgn perlindungan pendapatan yang menyeluruh.

Kad perubatan pun jarang saya syorkan. Fokus utama untuk perlindungan sekiranya menghadapi musibah besar yang boleh menyebabkan hilang pendapatan iaitu mat!, lumpuh atau sakit kritikal.

Saya berikan contoh situasi jika pelanggan ingin mengambil takaful pendidikan untuk anak-anak dengan sumbangan bulanan RM100 seorang anak.

Bayangkan pula kalau ada 5 orang anak? RM500 sebulan.

Jika sumbangan takaful pendidikan RM100, maksima komisen ejen & overriding boleh cecah 50%, celah mana simpanan pendidikan? Peratusan komisen berbeza mengikut produk.

Walhal bajet sama boleh pecahkan kepada 2 bahagian:

Bahagian 1. Peruntukkan RM300 ke RM400 masuk Tabung Haji atas nama setiap anak RM600 ke RM80 sebulan.

Bahagian 2. Baki RM100 ke RM200 langgan takaful untuk parent dgn full coverage income protection.

Jaauuuuuuuuh lebih berbaloi. Ini yang saya lakukan untuk diri saya. Juga saya cadangkan untuk para pelanggan.

Jadi, tak boleh ke guna takaful pendidikan untuk membuat dana pendidikan?

Ibarat nak potong sayur tapi guna kapak. Atau guna pisau untuk tebas semak samun.

Bukan tak boleh, tapi tak sesuai. Jika nak gunakan juga, silakan. Bukan duit saya.

Kalau nak langgan dengan saya pun boleh 😌

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sad but true. Sedih baca cerita seorang ibu ini. 15…