Sihatkah kewangan anda? Buat financial check-up dengan BMW Planner

Untuk kesihatan diri sendiri, kita akan memeriksa berat badan, ketinggian, tekanan darah, paras gula, kolesterol dan pelbagai bacaan lain.

Untuk kereta pula, kita akan memeriksa minyak enjin, brek, tayar, bateri dan komponen lain supaya semuanya berada dalam keadaan baik.

Tetapi bagaimana pula dengan kesihatan kewangan? Apakah ukuran yang menunjukkan kewangan kita benar-benar sihat?

Adakah sekadar ada duit dalam bank? Belum tentu.

Bagaimana mengukur kesihatan kewangan?

Kesihatan kewangan perlu dinilai melalui beberapa petunjuk seperti aliran tunai, simpanan kecemasan, tahap hutang, perlindungan, pelaburan dan nilai aset bersih.

Kenali BMW Planner

Sebab itu saya bangunkan BMW Planner.

BMW ialah singkatan kepada Bijak Merancang Wang. Atau boleh juga jadi Be Money Wise. Bahasa Inggeris boleh, bahasa Melayu pun boleh. Akronimnya tetap BMW. Hehe…

Aplikasi ini membantu anda membuat pemeriksaan kesihatan kewangan (financial check-up) secara sistematik supaya anda tahu kedudukan sebenar kewangan anda dan perkara yang perlu diperbaiki.

Dashboard BMW Planner menunjukkan komposisi perbelanjaan, indikator aliran tunai dan analisis sasaran kewangan.

Cuba BMW Planner percuma selama 7 hari

Hari ini saya nak beri peluang kepada anda untuk mencuba BMW Planner selama 7 hari secara percuma.

Buat financial check-up anda hari ini dan lihat sendiri tahap kesihatan kewangan anda.

Selepas 7 hari, jika ia betul-betul bermanfaat, bolehlah melanggan versi penuh. Tak sampai seringgit sehari!

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment