fbpx

Apa Ada Pada Nama?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 344Words
  • 502Views

Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan dipanggil dan mewakili siapakah diri kita. Beberapa perkara perlu diingat berkenaan nama, di antaranya ialah:

1) Anak-anak akan membawa nama tersebut sehingga ke hari tua mereka.

2) Nama juga memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada diri pemilik nama agar menjadi seindah namanya.

3) Nama negatif memberi gambaran negatif kepada anak-anak.

4) Nama adalah identiti seseorang yang akan merefleksikan siapakah kita.

5) Nama akan hadir terlebih dahulu sebelum kehadiran diri kita dan dengan nama akan terlahirnya gambaran hebat, dan berkaliber.

 

Anak-anak diberi nama atas beberapa sebab:

1) Diberi nama berdasarkan suasana contohnya bulan kelahiran, tempat kelahiran dan ada juga sempena peristiwa yang berlaku.

2) Bersempena tokoh-tokoh yang dikagumi samada para Rasul, sahabat, ulama, selebriti, teman rapat dan banyak lagi.

3) Nasihat mereka yang lebih arif.

4) Gabungan nama yang indah dan maksud yang sempurna.

5) Selera dan keinginan tersendiri.

 

Buku ‘24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik’ membincangkan perkara ini secara ‘details’ dalam bab 4 muka surat 15 hingga 20 berkenaan nama-nama yang baik. Tanggungjawab ibu ayah dalam mendidik anak-anak adalah bermula daripada memberikan nama-nama yang baik kepada anak mereka.

Pemilihan nama yang baik adalah merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada ibu ayah dengan harapan suasana yang sukar dan susah pada masa ini tidak memberi efek dan kesan kepada mereka.

Rasulullah SAW pernah berkata kepada seorang sahabat yang menjadi utusan terakhir bagi pihak Muslimin untuk urusan perjanjian damai dengan kaum Quraish sebelum pembukaan Kota Makkah. Nama sahabat tersebut ialah Suhail Bin Amr (Suhail bermaksud mudah). Baginda berkata sambil tersenyum ‘Insya Allah, hari ni urusan kita akan dipermudahkan’. Sungguh bahawa nama yang indah dan baik adalah disukai di dalam Islam.

Minggu ni kita tengah sama-sama menelaah bab ini. Jom bersama!!!

———

Dapatkan e-book ’24/7 Menjadi Ibu Bapa Terbaik’ #ibuayah24jam

Tulisan di atas dari

Tips Parenting oleh Dr Mohd Izhar Ariff

 

Beliau baru sahaja lancarkan naskhah digital panduan parenting berpandukan Kitab Tarbiyatul Awlad

Klik

https://ibuayah24jam.onpay.my/order/form/ia01tp/10

https://ibuayah24jam.onpay.my/order/form/ia01tp/10

https://ibuayah24jam.onpay.my/order/form/ia01tp/10

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari Fb M Firdaus Ibrahim Kos rawatan hospital kerajaan tidak…