fbpx

Pentingnya Cashflow

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 334Words
  • 384Views

Satu lagi sharing dari peserta #SeminarBMW

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

REVIEW #ESEMINAR BIJAK MERANCANG WANG #BMW (PART 1)

Alhandulillah hari ini berkesempatan sama-sama menonton seminar Bijak Merancang Wang #BMW secara maya bersama tuan Afyan Mat Rawi.

Sebelum pergi kepada isi perbincangan, saya ingin maklumkan bahawa #ESeminar ini hanya boleh ditonton melalui Grup Khas #ESeminar Bijak Merancang Wang yang mengumpulkan pembeli #Eseminar #BMW.

Dalam sesi live kali ini, telah dijelaskan mengenai bagaimana kita boleh menguruskan kewangan kita dengan betul.

Untuk memastikan kewangan kita dapat diurus dengan baik, perkara utama yang menjadi perhatian paling besar adalah CASHFLOW atau ALIRAN TUNAI.

Cashflow sangat penting kerana dengan terjaganya cashflow ini membolehkan kita untuk merancang simpanan atau pelaburan yang kita rancangkan.

Cara untuk mengira Cashflow sangat mudah iaitu :

Income (Pendapatan) – Expenses (Perbelanjaan) = Surplus (Lebihan)

Conyohnya :

Gaji RM 3000 – Perbelanjaan RM 2500 = Lebihan RM 500

Perbelanjaan ini termasuklah bayaran bulanan kereta, rumah, pinjaman peribadi, nafkah kepada isteri, beri kepada ibu bapa dan lain-lain perbelanjaan.

Lebihan RM 500 itulah yang akan digunakan untuk simpanan atau pelaburan.

Simpanan adalah keutamaan terlebih dahulu sebelum merancang untuk membuat pelaburan.

Simpanan yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya 3 bulan hingga 6 bulan gaji.

Selepas simpanan telah mencukupi, maka bolehlah merancang untuk membuat perancangan pelaburan.

Maka kata kunci paling penting di sini adalah memastikan cashflow positif terlebih dahulu sebelum merancang lebih jauh.

Jika kita tidak mampu menyimpan dengan jumlah yang lebih besar, mulakan terlebih dahulu dengan simpanan yang sedikit walaupun serendah RM10 sebagai latihan dan tingkatkanlah sedikit demi sedikit sehingga mampu melazimi simpanan yang lebih besar.

Satu perkara yang sering disebutkan oleh tuan Afyan adalah berkaitan dengan Pelaburan Ilmu yang akan menyebabkan kita terkeluar daripada risiko ‘kebodohan’ yang akan mencambahkan lebih banyak masalah termasuk kewangan.

Jadi jangan pernah rasa rugi dalam menuntut ilmu kerana dengab ilmulah kita mampu keluar daripada kepompong masalah. In shaa Allah.

Kalau berminat untuk bersama dalam live ESeminar Bijak Merancang Wang ini, boleh klik link di bawah untuk menjadi sebahagian daripada Keluarga Seminar BMW.

eSeminarBMW
eSeminarBMW

Untuk review part 2, boleh follow perkongsian saya yang akan datang.

Zahiruddin Juatin

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila pertama kali mengadakan sesi live di FB, memang kekok.…