Seronok jadi ejen emas, harga naik boleh jual, harga turun pun boleh jual

Seronok juga jadi ejen emas ni. Hihi…

Apabila harga naik, senang saja nak guna ayat promosi.

“Harga emas tengah mahal, baik beli sekarang sebelum naik lagi.”

Apabila harga turun pula, tetap ada skrip yang boleh digunakan.

“Harga tengah rendah, elok beli sekarang sementara masih murah.”

Akhirnya, naik pun nampak peluang, turun pun tetap peluang.

Yang menariknya, orang yang dah lama jadi pelabur emas jarang gelabah apabila harga jatuh.

Ini memang jelas daripada pengalaman saya apabila bandingkan dengan pelaburan lain yang pernah saya promote

Pelabur lain mudah panik, tetapi pelabur emas lebih tenang.

Mungkin sebab mindset mereka lebih kepada beli dan hold jangka panjang, bukan kejar harga harian.

Itulah beza antara investor vs trader. Pelabur vs pedagang.

Jadi, kalau belum jadi ejen emas, ini masa yang sesuai untuk mula.

Sekarang harga masih rendah. Beli emas dengan berat tertentu dapat jadi dealer emas. Paling rendah waktu promosi, beli 5gm emas dapat jadi dealer.

Lepas jadi dealer, tak ada syarat jualan atau maintenance langsung

Berbanding tempat lain, syarat untuk naik taraf biasanya lebih ketat dan ada syarat lain.

Kelebihan utama, setiap kali beli emas, kita dapat cashback dalam bentuk komisen.

Kalau kita ajak orang lain sertai, kita juga akan dapat komisen daripada pembelian mereka.

Maksudnya, simpan emas sambil jana pendapatan.

Macam mana, menarik kan jadi ejen emas?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Iklan

Add a Comment