Sesuai Tak Beli Rumah Waktu Sekarang
“Afyan, sekarang bagus ke untuk beli rumah?”
Ini pandangan saya selaku bukan pelabur hartanah tegar dan bukan real estate agent.
Sekarang memang waktu terbaik beli rumah. “Buyers’ market”, orang kata.
Ada 2 sebab kenapa saya berkata demikian.
Pertama
Pertama, OPR rendah sangat. Paling rendah dalam sejarah! Sepanjang tahun 2020, sebanyak 4 kali BNM turunkan! Tak pernah lagi dalam sejarah, BNM turunkan OPR sebanyak 4 kali dalam masa kurang 12 bulan.
Jadi kadar profit / interest bank pun akan jadi rendah yang menjadikan ansuran pun rendah.
Kedua
Kedua, disebabkan desakan ekonomi, ramai owner rumah terdesak nak jual rumah mereka untuk dapatkan cash.
Makin terdesak mereka nak jual, makin rendah harga yang ditawarkan berbanding market value.
Bagi yang baru nak berjinak-jinak beli rumah untuk pelaburan hartanah, boleh start survey dan timba ilmu.
Namun, walaupun sekarang ialah “buyers’ market”, bukan semua orang mampu untuk menjadi buyer. Antara sebab OR diturunkan sebab sepanjang krisis ekonomi, jumlah pemohon yang layak apply pembiayaan rumah semakin kurang.
Jadi, bank perlu menawarkan kadar hutang rumah yang lebih mampu milik supaya lebih ramai yang layak dan sekaligus merancakkan ekonomi. Namun nampaknya masih belum menjadi realiti.
Tak mustahil OPR akan diturunkan lagi dalam tahun ini.
Pelaburan yang menguntungkan
Pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan ilmu, bukan pelaburan hartanah.
Sebelum melabur dalam hartanah, WAJIB timba ilmu hartanah. Ada banyak buku-buku panduan hartanah yang ada dalam pasaran.
Itulah pelaburan terbaik sebelum mulakan pelaburan hartanah.
Ia penting untuk pastikan kita dapat beli unit terbaik dengan harga terbaik dan supaya kita tidak tersontot di pintu rumah nanti.
Ketika ekonomi sedang sedang perlahan, rumah yang kita beli untuk sewakan nanti pun sukar nak cari penyewa kalau lokasi tak strategik.
Rumah yang kita beli untuk flipping kononnya, kita yang bleeding dan ‘reboh belebing'(jatuh tersungkur) dulu. Rumah untuk tujuan homestay pun banyak yang tersontot sekarang.
Gameplan pelaburan hartanah juga dah tak sama macam dulu. Situ-Sifu hartanah yang dulu tumbuh muncul macam cendawan, pun dah ghaib hilang entah ke mana sekarang ni.
Hanya sifu yang kental sahaja masih sustain sekarang.
Jadi, kena ada ilmu.
Jom belajar ilmu kewangan dengan harga Palestin di BijakMerancangWang.com
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran