fbpx

Simpanan dan pelaburan dalam Takaful: Realiti dan peringatan penting

  • 12 months ago
  • 2Minutes
  • 340Words
  • 276Views

Jika anda merancang untuk melanggan takaful untuk tujuan simpanan dan pelaburan, baca beberapa kisah real case di bawah:

Ini kes yang berlaku di Singapura, bagaimana “simpanan” yang dijanjikan dalam polisi, tidak sama jumlahnya apabila tempoh matang.

Kes di Malaysia pun ada. Baca keluhan-keluhan pelanggan yang mempercayai bahawa medical card yang dilanggan ada simpanan dan pelaburan

Bukan itu sahaja, Bank Negara Malaysia pun sudah banyak kali berikan peringatan bahawa takaful dan insurans adalah untuk perlindungan, bukan simpanan.

Industri insurans sudah wujud di Malaysia sejak zaman penjajahan British. Manakala industri takaful sudah wujud sejak tahun 80-an.

Dalam tempoh itu, belum pernah dengar mana-mana pelanggan insurans dan takaful yang mendapat pulangan besar daripada pelaburan dalam mana-mana produk insurans dan takaful.

Juga tidak pernah ada sebarang mana-mana buku tentang teknik dan strategi pelaburan takaful atau insurans sebagaimana pelaburan lain seperti saham, unit trust, Bitcoin dan sebagainya.

Yang banyak ialah testimonial pelanggan menerima perlindungan dan pampasan melalaui takaful. Dan juga banyak kisah-kisah pelanggan yang rasa terpedaya apabila menganggap polisi takaful atau insurans yang dilanggannya untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

Bayaran takaful adalah untuk jangka masa panjang. Fikir dulu sebelum sign up. Jangan mudah terpesona dengan janji-janji manis ejen.

Rujuk kandungan polisi, ia yang mengikat antara pelanggan dengan ejen. Percaya kandungan polisi, bukan semata-mata kata-kata ejen, termasuk saya dan ejen-ejen saya.

Ejen datang dan pergi. Yang bersama anda untuk 10, 20, 30 tahun akan datang ialah polisi yang menjadi kontrak bertulis.

Anda sign up hari ini dengan matlamat untuk simpanan dan pelaburan, tapi selepas 20 tahun kelak menyesal sebab tak sama apa yang anda harapkan dengan apa yang dapat.

Semak kandungan product disclosure sheet atau PDS, kemudian semak polisi.

GAMBAR HIASAN:

Ini contohnya, sebahagian kandungan PDS sebuah produk takaful yang dipromosi sebagai instrumen pelaburan dan simpanan. Dinyatakan secara jelas dalam PDS bahawa ia bukanlah pelaburan semata-mata sebagaimana unit trust.

Adakah ejen ceritakan kandungan ini?

Jika YA, alhamdulillah ejen tersebut menjalankan tugasnya dengan baik.

Jika TIDAK, berhati-hati di jalan raya…

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa suka makan yong tau foo? Seingat saya, kali pertama…