Kes misleading ejen takaful. Klien dapat balik duit yang dibayar selepas buat laporan kpd BNM
Ini adalah pengalaman salah seorang rakan saya yang diperdaya oleh ejen insurans selepas menghadiri satu program seminar.
Ejen tersebut menawarkan produk berupa pelaburan yang katanya memberi pulangan melebihi ASB.
RM10,000 dilaburkan oleh mereka suami isteri utk menyertai plan tersebut.
Selepas berjumpa, saya nasihati beliau utk membuat laporan rasmi kpd syarikat berkenaan dan Bank Negara Malaysia.
Alhamdulillah, dalam masa tidak sampai 2 bulan wang tersebut diperoleh kembali tanpa banyak soal.
Jika Tuan-Puan mengalami masalah yang sama dgn mana-mana institusi kewangan berdaftar, boleh lakukan perkara sama.
Kongsikan perkara ini supaya menjadi peringatan buat ejen-ejen insurans dan takaful yang tidak beretika di luar sana.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran