SOP Perunding INFAQ Kepada Pelanggan
Ini SOP perunding INFAQ kepada pelanggan.
1. Pertama, perunding kami akan berkongsi 7 Modul INFAQ yang merangkumi big picture tentang perancangan kewangan.
7 Modul INFAQ tersebut termasuk cashflow, nettworth, simpanan, perlindungan, pelaburan, penyucian dan pewarisan.
2. Kedua, selepas itu perunding kami akan mendapatkan maklumat latar belakang kewangan prospek. Maklumat tersebut termasuk gaji, perbelanjaan, aset hutang, tanggungan dan lain-lain.
Di peringkat ini sangat penting untuk pelanggan berkongsi maklumat kewangan yang tepat untuk mendapatkan nasihat dan solusi yang tepat. Ia termasuk maklumat simpanan kecemasan, polisi takaful, KWSP, hartanah dan sebagainya.
Ada format yang kami sediakan untuk rakan pelanggan isikan.
3. Ketiga, daripada maklumat yang diberikan oleh pelanggan, perunding kami akan melakukan analisa cashflow dan nettworth.
Daripada situ, kami akan tahu keadaan “kesihatan” pelanggan sebelum mencadangkan “ubat” yang sesuai.
4. Keempat, bergantung kepada matlamat prospek.
4.1 Jika prospek mahukan konsultansi takaful, perunding kami akan kongsikan tentang 3 fungsi takaful sebagai perlindungan pendapatan, pengkalan aset dan penyelesaian hutang.
4.2 Jika prospek mahukan konsultansi pelaburan, perunding kami akan berkongsi tentang matlamat akhir pelaburan untuk persaraan.
4.5 Jika prospek mahukan konsultansi tentang pusaka, perunding kami akan kongsikan step by step proses perancangan pusaka.
5. Selepas itu, akhir sekali barulah perunding kami kongsikan produk yang sesuai dengan situasi kewangan dan keperluan pelanggan. Bukan satu produk until semua pelanggan, atau semua produk untuk satu pelanggan. Lain situasi pelanggan, lain solusi produknya.
Produk hanyalah alat, sebagai solusi hasrat pelanggan. Lebih-lebih lagi produk kewangan, yang tidak dapat dilihat dengan mata, dan dipegang dengan tangan. Ia memerlukan khidmat nasihat yang betul untuk solusi produk yang sesuai.
Untuk memudahkan kami membantu Tuan/Cik Puan, isi maklumat dibawah:
Berminat ?Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran