fbpx

Kontroversi filem “Mentega Terbang”: Persoalan bantahan dan keberkesanan pembangkang

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 189Words
  • 197Views

“Mentega Terbang diterbitkan sejak 2021, kenapa tak bantah????” komen seorang di FB saya.

Saya tanya balik; “Tahun 2021 tu, Sdra dah tahu kewujudan filem ini?”

Dia tak menjawab, sebaliknya beri komen yang entah apa entah. Yang pastinya, dia nak kaitkan dengan politk kepartian.

Lalu saya tanya balik,

“Sdra masih tak jawab soalan saya. Tahun 2021, Sdra tahu tak filem ini sejak tahun 2021?

Jika tahu, Sdra bantah tak?

Jika tak tahu, dan sekarang tahu, bantah tak?

Atau Sdra menyokong filem yang mengandungi elemen murtad ini?”

Dia masih tak menjawab dan komen-komen maki hamun berbaur politik kepartian.

Sdra, ini bukan isu politk. Persetankan mana-mana politikus yang ambil side politik untuk memposisikan mereka. Ia isu akidah.

Andaikan macam ni.

  • Tahun 2021 ada penjenayah.
  • Jenayah itu hanya diketahui oleh kelompok mereka sahaja
  • Tahun 2023 baru kegiatan jenayah mereka terbongkar
  • Ada bantahan, tapi ada segelintir yang komen “Kenapa tahun 2021 tak lawan penjenayah tu?”

Tak pelik ke ada yang mempersoalkan macam tu? Sama ada 2 je, penyokong penjenayah atau pun bodoh.

Gambar di bawah daripada Page Mentega Terbang yang hanya ada 200 likes. Posting ini daripada tahun 2021, musim PKP, hanya dapat 1 like dan 3 share sahaja.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika ada yang tak tahu, Menteri Agama dan JAKIM sudah…