fbpx

Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 816Words
  • 1774Views

Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?

Emel Mengejutkan Tentang MCIS

Pada 1 Jun lalu, saya menerima emel daripada seorang rakan Facebook, Tuan Helmi Hassan yang bertajuk ”MCIS”, yang kandungannya agak mengejutkan.

Emel berkenaan mengandungi brosus tentang MCIS yang saya kira amat kontraversial tentang status hukum insurans konvensional.

Dalam brosur bertajuk ”PANDANGAN AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH”, yang membuat kesimpulan ”Aktiviti MCIS Zurich Insurance Berhad tidak menyalahi pandangan Syarak”.

Untuk bertindak adil, saya sertakan brosur tersebut;

Selepas meneliti hujah-hujah yang dikemukakn, saya termenung sejenak kerana saya amat pasti bahawa ia amat bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, berkenaan hukum insurans konvensional.

Sebelum ini, saya pernah mendegar dakwaan tentang MCIS yang mengatakan bahawa syarikatnya mempunyai Majlis Penasihat Syariah, dan ia pernah diluas oleh Ustaz Zaharuddin di blognya beberapa tahun lalu.

Penjelasan yang diterima ialah, majlis pengawasan tersebut hanyalah mengawal selia pelaburan yang dibuat oleh MCIS, tapi bukan memantau produk insurans syarikat berkenaan. Justeru, status insurans konvensional tetap sama sahaja sekalipun pelaburannya mematuhi syariah, jadi tidak menjadi isu sangat tentang perkara itu.

Namun kali ini lebih memeranjatkan kerana di dalam tulisan berkenaan, Majlis Pengawasan Syariah MCIS mengesahkan status halal pada produk-produk insurans konvensional MCIS, dan ia bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

 

Rujuk Bank Negara

Lantas, saya mengambil langkah pro-aktif untuk mendapat pengesahan daripada Bank Negara yang mengawalselia instituti perbankan serta syarikat-syarikat insurans dan takaful di Malaysia.

Saya hantarkan emel ke bnmtelelink@bnm.gov.my, bertajuk ”Status Insurans MCIS”, dengan persoalan;

Assalamualaikum,

Saya ingin mengetahui status MCIS yang mempunyai Penel Syariah yang mengatakan ia adalah harus – dilampirkan dokumen berkaitan perkara ini.

Jika benar, adakah ia bermakna MCIS dan insurans lain sebagaimana takaful – yang tiada unsur gharar, judi dan maisir?

Saya keliru akan perkara ini kerana yang saya faham hukum insurans adalah berbeza dengan takaful.

Wassalam.

Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya mendapat jawapan yang memuaskan daripada Bank Negara iaitu Majlis Pengawasan Syariah oleh MCIS tidak pernah dirujuk dan diluluskan oleh Bank Negara.

Berikut jawapan penuh daripada Bank Negara;

Encik Afyan,

Kami merujuk kepada kiriman e-mel tuan bertarikh 1 Jun 2011 dan ucapan terima kasih kami atas kesabaran tuan menunggu maklum balas mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan di bawah Akta Insurans 1996 dan bukannya di bawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah sebuah syarikat pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia (Bank) untuk memasarkan produk-produk takaful berlandaskan Syariah.

Sebagai sebuah syarikat insurans, tidak terdapat keperluan untuk MCIS mematuhi dasar Bank bagi melantik jawatan kuasa Syariah. Pelantikan jawatan kuasa Syariah MCIS adalah merupakan inisiatif syarikat tersebut dan tidak pernah dirujuk atau diluluskan oleh Bank.

Syarikat insurans dibenarkan memasarkan produk insurans berkaitan pelaburan (investment linked), yang mana pelanggan boleh memilih untuk melabur dalam dana pelaburan berlandaskan Syariah. Dalam situasi ini, walaupun pelaburan produk insurans tersebut adalah berlandaskan Syariah, tidak bermakna produk insurans tersebut menepati peraturan Syariah sepenuhnya atau menjadi produk takaful.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk berkenaan adalah berlandaskan Syariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan Syariah. Memandangkan kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan Syariah.

Bank telah mengeluarkan pekeliling kepada semua syarikat insurans bagi menegah penggunaan terminologi-terminologi yang mengambarkan maksud pematuhan Syariah di dalam produk-produk mereka. Syarikat insurans hanya dibenarkan untuk memaklumkan kepada pelanggan mereka bahawa dana yang dilaburkan dalam pelaburan insurans adalah patuh Syariah. Syarikat insurans juga dikehendaki memaklumkan bahawa produk tersebut bukanlah produk patuh Syariah.

Harap penjelasan di atas dapat membantu.

Kami amat menghargai sekiranya tuan/puan dapat meluangkan masa untuk melengkapkan satu kaji selidik untuk membantu kami menilai dan memperbaiki kualiti perkhidmatan kami. Sila rujuk borang kaji selidik yang dilampirkan.

Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amaran penipuan kewangan, sila layari
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=216&pg=701&ac=98 dan http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm
Ketahui lebih lanjut tentang perbankan, insurans & takaful, sila layari
http://www.bankinginfo.com.my & http://www.insuranceinfo.com.my

Terima kasih.

Noor Azlina Hj Jamari
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Kenapa Bank Negara?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa saya terus bertanya dengan Bank Negara? Ia kerana Bank Negara adalah badan yang mengawal selia syarikat-syarikat insurans dan takaful, dan mempunyai Majlis Penasihat Syariahnya tersendiri untuk membuat pemantau terhadap Majlis-majlis Penasihat Syariah syarikat-syarikat takaful yang ada di Malaysia.

Justeru, kawalan daripada Majlis Penasihat Syriah Bank Negara amat penting dalam hal ini. Dengan adanya kawalan daripada Majlis Penasihat Syriah Bank Negara, panel syariah bank-bank Islam dan pengendali takaful akan diaudit dan dipantau dari masa ke semasa. Ia penting bagi memastikan perjalanan syariah setiap bank dan syarikat takaful berjalan mengikut standard yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Semoga dengan tulisan ini dapat memberi penjelasan sewajarnya tentang isu ini.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

47 Comments
  1. Avatar
    • Avatar
    • Avatar
  2. Avatar
    • Avatar
  3. Avatar
  4. Avatar
  5. Avatar
  6. Avatar
    • Avatar
  7. Avatar
    • Avatar
  8. Avatar
  9. Avatar
  10. Avatar
  11. Avatar
  12. Avatar
  13. Avatar
  14. Avatar
    • Avatar
  15. Avatar
  16. Avatar
    • Avatar
    • Avatar
  17. Avatar
  18. Avatar
  19. Avatar
  20. Avatar
  21. Avatar
  22. Avatar
    • Avatar
  23. Avatar
    • Avatar
  24. Avatar
  25. Avatar
  26. Avatar
  27. Avatar
    • Avatar
  28. Avatar
  29. Avatar
  30. Avatar
  31. Avatar
  32. Avatar
  33. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Kalau terjadi apa-apa masa BERSIH, takaful/insurans cover atau tidak?” Saat…