Strategi Beli Rumah Idaman Sebelum Umur 30 Tahun
Strategi beli rumah idaman sebelum umur 30 tahun
1. Andaikan selepas grad, umur 22 tahun dapat kerja dengan gaji 2,000 ke RM2,500
2. Buat simpanan utk tujuan deposit rumah RM500 sebulan dan ada baki lagi RM1500 utk tujuan lain. Pandai-pandailah susun kewangan seawal selepas grad.
3. Simpan di Tabung Haji atau ASB dgn pulangan minima 6% setahun, selepas 3 tahun boleh dpt total hampir RM20,000.
Jika berani mengambil risiko, boleh gunakan instrumen unit trust atau ASB Financing. Dalam tulisan ini, saya berikan contoh instrumen simpanan yang tiada sebarang risiko.
Ketika ini umur 25 tahun, dengan simpanan lebih kurang RM20,000.
4. Jumlah RM20,000 cukup untuk gunakan deposit dan urusan beli rumah flat yang berharga RM100,000 ke RM130,000 dengan ansuran RM500 ke RM650 sebulan.
Peruntukan ansuran adalah daripada peruntukan untuk bayar sewa sebelum membeli rumah.
Bertenang, saya tahu rumah flat bukan rumah idaman. Baru umur 25 tahun. Baca step selanjutnya;
5. Simpanan berkala RM500 tadi diteruskan seperti biasa sehingga 5 tahun berikutnya, ia menghasilkan simpanan sekurang-kurangnya RM35,000
6. Rumah flat pertama tadi diandaikan sudah bernilai RM150,000 dan gaji sudah cecah RM3,000 ke RM4,000 sebulan.
Ketika ini umur sudah 30 tahun, dengan simpanan RM35,000 dan sebuah rumah flat murah.
7. Rumah flat tadi boleh dijual dengan keuntungan bersih diandaikan RM50,000 dan dicampur dengan simpanan tadi menjadikan jumlah RM85,000
8. Dengan modal RM85,000 tadi boleh beli rumah apartment atau rumah teres yang berharga RM400,000 hingga RM500,000
9. Jadi, pada umur 30 tahun sudah memiliki sebuah rumah yang selesa!
Ini merupakan respon kepada komen-komen pada posting video saya di ML Studios yang bertajuk “Beli Rumah” yang mengatakan ia adalah cara kapitalis.
Strategi yang saya kongsikan ini tidak perlu jadi kapitalis sangat.
Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first utk lagi tip kewangan dan kehidupan
Follow juga channel telegram
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran