Saya ditag berkali-kali dalam sebuah video Tiktok sidang media PPIM yang mengatakan bahawa perbankan Islam di Malaysia menipu selama 40 tahun. Hujahnya adalah kerana sekiranya ada sebarang pertelingkahan di antara bank dengan pelanggan, ia tidak dibicarakan di mahkamah syariah, tapi di mahkamah sivil. Jadi, kesimpulan PPIM bahawa perbankan Islam di Malaysia menipu mengatakan mereka patuh
Patutlah bangsa anti bank Islam blok saya, ini sebabnya Siap buat video rupanya untuk berikan justifikasi kenapa taknak live, taknak jumpa dan blok saya Katanya saya ajak debat. Bila masa pula saya ajak debat? Saya ajak live je dalam program bual bicara Borak & MembaWang. Saya jadi moderator dan dia jadi panel. Bukan debat pun.
Kenapa saya lawan bangsa anti bank Islam? Inilah sebabnya. Baca tulisan-tulisan yang saya screnshot ini. Saya back up bank? Bukan. Sebenarnya saya bukan back up bank. Yang saya back up ialah sistem kewangan patuh syariah. Yang saya back up ialah usaha para alim ulama yang berijtihad dan berjihad membangunkan perbankan Islam supaya umat Islam bebas
Memandangkan ada banyak sangat kritikan terhadap perbankan Islam, maka saya kongsikan Islamic banking idaman saya: 1. 100% pinjaman tanpa “riba”. Pinjam RM100,000, bayar balik RM100,000 sahaja selepas 20 tahun ansuran. Tak boleh lebih walau 1 sen kerana ia adalah riba walaupun atas nama apa sekalipun. 2. Mesti berteraskan emas dan perak. Jangan guna wang fiat