Tak Dapat Semua, Jangan Tinggal Semua
Tahniah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang berani mengambil tindakan drastik ini.
Selepas ini, boleh hentikan sekali pembaharuan lesen yang lama. Yang penting ada usaha untuk lakukan secara beransur-ansur ke arah negara bebas arak. Bukan sekadar wayang politik.
Jika dilihat sirah penurunan larangan arak di dalam Quran pun ia diturunkan secara berperingkat. Dimulai dengan perbandingan manfaat vs mudarat arak, diikuti larangan solat jika minum arak sehingga akhir sekali larangan minum arak secara total.
Semoga ia boleh dijadikan tauladan buat kerajaan-kerajaan negeri lain. Yang ini tidak perlu tunggu sidang parlimen untuk bahas dan luluskan undang-undang baru.
Inilah cara kerajaan Kelantan buat masa mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz ambil alih negeri CIK Siti Wan Kembang ini tahun 90-an dulu.
Malah ini juga dilakukan ketika Tuan Guru Abdul Hadi Awang lakukan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu, 20 tahun dahulu.
Kerajaan negeri tiada kuasa untuk kawal pengeluaran arak di peringkat pusat. Tapi ada kuasa untuk kawal penjualan arak di peringkat negeri.
Hanya ubah undang-undang kecil di peringkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua bawah kawalan kerajaan negeri.
Cuma dalam konteks di Wilayah Persekutuan, tiada kerajaan negeri. Tapi masih ada jalan untuk bekukan lesen arak melalui bidang kuasa Menteri Wilayah.
Hendak seribu daya. Taknak seribu dalih.
Tunjukan yang kerajaan kini berbeza. Nak tunggu kereta menteri kena langgar dengan pemandu mabuk baru nak hapuskan arak?
Harap tak flip flop dengan keputusan ini. Hari ini di dada-dada akhbar bahagian iklan, keluar notis-notis permohonan baru lesen arak. Jangan hendaknya kerajaan tunduk desakan mereka.
Rakyat memerhati. Benda baik kena sokong, benda buruk kena lawan. Tak kira warna bendera parti.
Afyan Mat Rawi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran