fbpx

Tak Dapat Semua, Jangan Tinggal Semua

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 269Words
  • 306Views

Tahniah kepada Kementerian Wilayah Persekutuan yang berani mengambil tindakan drastik ini.

Image may contain: text that says "PEMBERITAHUAN PERMOHONAN BAHARU LESEN MINUMAN KERAS Dimaklumkan bahawa semua Permohonan Baharu Lesen Minuman Keras adalah DIBEKUKAN SERTA MERTA. Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap mana-mana premis yang menjalankan aktiviti penjualan minuman keras tanpa lesen. Jabatan Pelesenan dan Pembanguna Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Tarikh Jun 2020"

Selepas ini, boleh hentikan sekali pembaharuan lesen yang lama. Yang penting ada usaha untuk lakukan secara beransur-ansur ke arah negara bebas arak. Bukan sekadar wayang politik.

Jika dilihat sirah penurunan larangan arak di dalam Quran pun ia diturunkan secara berperingkat. Dimulai dengan perbandingan manfaat vs mudarat arak, diikuti larangan solat jika minum arak sehingga akhir sekali larangan minum arak secara total.

Semoga ia boleh dijadikan tauladan buat kerajaan-kerajaan negeri lain. Yang ini tidak perlu tunggu sidang parlimen untuk bahas dan luluskan undang-undang baru.

Inilah cara kerajaan Kelantan buat masa mula-mula Tuan Guru Nik Abdul Aziz ambil alih negeri CIK Siti Wan Kembang ini tahun 90-an dulu.

Malah ini juga dilakukan ketika Tuan Guru Abdul Hadi Awang lakukan ketika menjadi Menteri Besar Terengganu, 20 tahun dahulu.

Kerajaan negeri tiada kuasa untuk kawal pengeluaran arak di peringkat pusat. Tapi ada kuasa untuk kawal penjualan arak di peringkat negeri.

Hanya ubah undang-undang kecil di peringkat negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Semua bawah kawalan kerajaan negeri.

Cuma dalam konteks di Wilayah Persekutuan, tiada kerajaan negeri. Tapi masih ada jalan untuk bekukan lesen arak melalui bidang kuasa Menteri Wilayah.

Hendak seribu daya. Taknak seribu dalih.

Tunjukan yang kerajaan kini berbeza. Nak tunggu kereta menteri kena langgar dengan pemandu mabuk baru nak hapuskan arak?

Harap tak flip flop dengan keputusan ini. Hari ini di dada-dada akhbar bahagian iklan, keluar notis-notis permohonan baru lesen arak. Jangan hendaknya kerajaan tunduk desakan mereka.

Rakyat memerhati. Benda baik kena sokong, benda buruk kena lawan. Tak kira warna bendera parti.

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sekarang memang waktu terbaik beli rumah. Buyers' market, orang kata. Ada 2…