Takaful = Khairat Kematian
Dipetik dari FB Munyati Awanis Mohd Hatta
Takaful = Khairat Kematian
Takaful ni sama dengan khairat kematian, cuma di komersialkan. Ada bayaran tertentu yang dikenakan, caj pengendali, caj pengurusan yang diambil kira.
Apa kepentingan khairat kematian,
1) Memudahkan urusan jenazah
Banyak yang perlu diambil kira kos untuk mengendalikan jenazah seperti peralatan mandian, kos van jenazah, kos penggali kubur , kos lain² yang berkaitan. Seorang jenazah sahaja boleh mencecah sehingga RM1000.
2) Mempercepatkan proses pengebumian
Dengan adanya tunai segera seperti khairat kematian boleh memudahkan urusan si mati. Bayangkan , jika waris tiada RM1000 didalam akaun bagi menguruskan jenazah.
Mungkin proses mengambil masa yang lama.
Disebabkan dengan itu, kebanyakan masjid & surau menubuhkan tabung khairat kematian bagi setiap penduduk di sekitar.
3) Mendidik masyarakat untuk bersedekah.
Apabila adanya tabung khairat kematian di setiap kawasan , Automatiknya, masyarakat dapat bersedekah kepada mereka yang ditimpa musibah dan secara langsung mendapat saham akhirat.
4) Memudahkan urusan ahli waris
Bagi waris yang ditinggalkan, pasti ketika ini mereka akan kesedihan, yang paling utama adalah urusan pengebumian ini perlu diteruskan dengan baik, cepat & mudah. Jika tiada tabungan bagi urusan pengebumian, sudah tentu memberi kesan yang tidak baik kepada ahli waris.
Di Takaful ikhlas ada menawarkan 10% khairat kematian atau maksimum RM20 000 dari pampasan kematian yang diambil.
Sebagai contoh. Ali menyumbang RM100 dengan pampasan RM200 000.
Jadi RM200 000 x 10% : RM20 000 adalah khairat kematian yang akan diterima oleh ahli waris dengan segera untuk tujuan pengurusan jenazah.
Jadi bagus tak kalau anda bertakaful? Sudah pasti bagus. Jom kita tingkatkan muamalah bersama islam. Saham akhirat dapat, pasti bahagia ❤
Awanis
INFAQ Consultancy
Rancang kewangan, Ubah kehidupan.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran