Taktik penipuan dalam industri takaful: Pengalaman dan peringatan
Saya ambil gambar ini daripada FB Dr Ustaz Zaharuddin Abd Rahman.
Detail jawapan diberikan di FB beliau, dan ia memang jelas satu penipuan yang nyata.
Saya tak pasti sejauh mana ia berlaku dalam industri kesihatan, tapi ia sedikit sebanyak memberi impak kepada industri takaful, bidang yang saya ceburi.
Saya pernah berpengalaman seumpama ini apabila menguruskan ahli keluarga yang discaj daripada hospital swasta menggunakan medical card.
Ia kisah lama, lebih 10 tahun lepas tapi masih terkesan sehingga sekarang.
Pada hari keluar hospital, saya ke kaunter untuk membuat pengesahan bil. Semua bil ditanggung oleh medical card, kecuali ”caj kerusi malas” yang dikenakan RM 9 untuk satu malam.
Sebelum membuat pengesahan, saya menyemak bil-bil hospital satu persatau. Saya membelek helaian demi helaian bil-bil tersebut. Ia dilihat aneh dan janggal oleh pegawai hospital.
”Apa yang encik tengok?”, tanya pegawai hospital berkenaan, setelah kira-kira 5 minit menunggu saya untuk menandatangani surat pengesahan bil.
”Saya sedang semak bil-bil ini”, kata saya.
”Err…”, pegawai tersebut semacam hairan. Mungkin tidak pernah melihat orang membelik bil hospital sebegitu lama.
Saya menyemak bil hospital tersebut helaian demi helaian. Ternyata apa yang saya syaki berlaku.
”Encik, kenapa di dalam bil ini tercatat lawatan doktor tercatat dua kali lawatan doktor, walhal hanya sekali sehari?”, tanya saya tidak puas hati.
”Sebentar, nanti saya semak”, kata pegawai tersebut. Kemudian dia memanggil pegawai yang lain.
Saya ulangai persoalan yang sama daripada pegawai tersebut. Akhirnya, mereka meminta untuk bertemu sendiri dengan doktor yang bertanggungjawab. Dan saya lakukannya untuk pengesahan.
Jawab doktor tersebut, ”ia adalah prosedur biasa apabila melibatkan insurans”.
Saya tidak puas hati, tapi tak ada yang boleh saya lakukan.
Selepas keluar daripada hospital, saya melayari laman sesawang hospital berkenaan untuk melihat senarai harga perkhidmatan hospital tersebut.
Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati bil yang dicaj adalah berbeza dengan yang tercatat di laman web hospital tersebut.
Jumlah yang dibilkan hampir satu kali ganda berbanding dengan yang tercatat. Di hujung senarai harga tercatat pula dengan tulisan kecil ”harga di atas adalah tertakluk kepada perubahan”
Saya yakin tidak ramai pengguna medical card yang aware tentang perkara ini. Bagi mereka, asal boleh cover dan tak perlu bayar apa-apa.
Tapi ia secara halus dan perlahan-lahan memberi kesan kepada limit tahunan dan jumlah claim.
Semakin banyak claim seumpama ini berlaku, akan mengurangkan dana tabarruk takaful peserta medical card.
Dan itulah yang akan menyebabkan berlaku kenaikan harga medical atau repricing.
Siapa ada pengalaman? Boleh kongsikan
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran