fbpx

Taubat Seorang Forex

  • 3 years ago
  • 9Minutes
  • 1627Words
  • 1406Views

Mula-mula saya terima komen daripada seorang non-Muslim yang mengakui bahawa analogi yang saya berikan tentang perbezaan kontrak patuh syariah dengan kontrak tidak patuh syariah.

Kemudian, terima pula mesej daripada seorang forex trader yang berhenti selepas membaca posting di FB saya berkenaan seorang bekas pekerja syarikat broker forex yang berhenti.

Maha Suci Allah! Segala puji dan puja hanya bagi Allah.

Kadang lain yang kita rancang, lain yang Allah bagi.

Apabila saya menulis tentang forex trading, sasaran utama saya adalah orang awam yang tidak tahu tentang hukum forex trading, supaya mereka tahu bahawa hukum forex trading adalah haram.

Semua fatwa-fatwa seluruh dunia Islam mengharamkan forex trading kerana ia tidak menepati syarat muamalat Islam dalam urusniaga jual beli matawang.

Itulah sasaran dakwah saya dalam penulisan-penulisan saya tentang forex. Saya tak sasarkan kepada forex trader tegar kerana mereka akan pertahankan habis-habisan walaupun tidak ada hujah.

Dan biasanya mereka mula serang peribadi saya, ungkit pasal bisnes takaful saya, mengejek-ejek nama ayah saya dan sebagainya.

Kemudian meraka mencaci maki dan tag geng-geng mereka di FB saya untuk menambah perisa.

Mereka sangka dengan cara itu saya akan berhenti menulis kebenaran. Tapi ternyata mereka silap orang. Saya dah lali dah jenis kelompok manusia begini.

Dan stail saya, memang saya takkan blok selagi mana mereka pakai profil original. Biarlah publik yang menilai.

Sama macam saya lawan Tok Belagak dulu.

Sama macam saya lawan Norsham Alfafa.

Sama macam saya lawan pakar insurans konvensional yang mempertikaikan insurans konvensional.

Sama macam saya lawan MLM penipu.

Sama macam saya lawan skim-skim cepat kaya.

Bidang kewangan ini bidang saya. Bukan pakar, tapi adalah pengalaman dekat-dekat 20 tahun sejak 2003. Sekilas ikan di air, boleh agak jantan dan betina.

Jika apa yang saya tulis itu salah, dipersilakan untuk kritik. Saya takkan delete komen dan blok sesiapa yang berbeza pandangan dengan saya.

Jadi, apabila ada forex trader yang sedar bahawa forex itu haram, saya terkejut dan amat bersyukur. Besar harapan saya agar lebih ramai yang mempunyai kesedaran sebegini.

Walaupun kesedaran itu bukan datang dari tulisan saya, tapi asbab beliau melayari FB saya, beliau sedar dan nampak kebobrokan sebenar yang berlaku dalam syarikat forex.

Beliau membaca posting daripada seorang bekas pekerja syarikat forex yang saya kongsikan di sini

Saya copy paste balik untuk memudahkan pemahaman rakan-rakan semua, tulisan Sdra Muhammad Alif, bekas seorang pekerja di syarikat broker forex yang sudah berhenti apabila sedar bahawa sememangnya forex trading ini haram.

Saya copy paste dari posting asal tanpa sebarang edit. Ia menjadi asbab seorang lagi forex trader berhenti.

Forex Online Trading, Hujah saya & Hukumnya dari agama saya.

***Khas untuk yang beragama Islam

Kepada keluarga, kawan2 saya yang pm saya mengenai Forex Online Trading ni, setelah 2 tahun berkhidmat, saya berhenti kerja dari syarikat itu pada September 2020. Usahlah pm tepi lagi. Yang bertanya kenapa, saya tak larat nak jawab satu persatu, maka bacalah Post ni

Saya berhenti kerja kerana ia bercanggah dengan ajaran agama saya, bukan kerana budaya kerjanya. (Best sebenarnya kerja di situ, tapi itulah…). Hujahnya:

· Cara Broker Operasi adalah pertaruhan(Judi)
· Product ditawarkan adalah tidak patuh Syariah

Ulasanya

1. Operasi Broker Forex Online Trading adalah Pertaruhan (Judi)

Cara operasi secara mudahnya:

i. Semua deposit client

ii. Duit itu dimasukan dalam poket / pool Broker

iii. Client masuk order (Buy/Sell) > order masuk dalam platform broker (MT4/MT5…etc)

iv. Order tidak hantar ke market sebenar, duit kekal berada dalam pool, tetapi pergerakan “harga sebenar” market itu ditunjukan pada MT4/MT5 masing2 (client), hanya sekadar wayang gambar

v. Yang mana client loss, duit itu akan “stay” di dalam poket / pool broker, manakala client yang tutup posisi dan untung, duit daripada poket / pool broker akan bayar kepada client yang untung

Duit daripada “poket/pool” ini juga digunakan untuk tanggung kos operasi Broker, cth: bayar komisen IB. Trader yang rugi lagi banyak dari yang untung sehingggakan boleh kaut jutaan USD dalam masa beberapa / saat / minit / jam / hari/ minggu /bulan / tahun. Modus operandi ini seakan dengan cara Casino & Kedai Nombor Ekor beroperasi.

Ini tidak jauh dengan makna pertaruhan (Qimar), seperti ditakrif oleh Imam Al-Jurjani:

“Setiap permainan yang mensyaratkan peserta yang kalah memberikan sesuatu (seperti duit) kepada peserta yang menang” (Rujuk al-Ta’rifat, ms 179)


Syeikh Ali al-Sabuni menyebut, judi adalah setiap permainan yang memberikan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi pihak yang lain. (Lihat Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-ahkam min al-Quran, 1/279)

Kegiatan seperti ini jelas dilarang oleh Islam, seperti dinyatakan di dalam Al-Quran, Allah SWT berfirman:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah Al-Baqarah,2.219)

Tambahan pula tiada penjelasan yang konkrit diberikan tentang sejauh mana ketulusan transaksi.

Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)

2.Produk ditawarkan hanya CFD (tidak patuh syariah)

Contract for Difference (CFD). Ia adalah kontrak derivative, iaitu ambil nilai dari asset dasar untuk mendapat posisi dalam sesuatu asset TANPA MEMILIKI ASSET tersebut. Tiada asset/produk yang dagangkankan, hanya bermain dengan pergerakan harga. Ia tidak hanya kepada bahagian CFD yang broker maklumkan kepada anda sahaja, malahan ini termasuk semua instrument, FOREX pair, komoditi (Oil,soya…etc), Metals (Gold, Silver..etc), Indices, Crypto & mana mana instrument yang institusi kewangan/ broker B book / “Hybrid”/ tawarkan trade tanpa pemilikan asset tersebut.

Contoh:
Trader A beli (long) EURUSD 0.5 lot, dengan matlamat akan harga akan naik 50 pip, selepas itu tutup posisi dengan keuntungan.

Adakah trader A memiliki EUR? Tidak. Broker beri EUR kepada Trader A? Pun tidak.

Hanya nilai tukaran ditukar kepada nilai tukaran. Apa yang berlaku adalah Trader A telah “dagangkan” sesuatu yang dia tidak ada. Hadis Nabi SAW: “Jangan jual sesuatu yang tiada padamu” (Riwayat Abu Daud 3503, al-Nasaie ,4613, al-Tirmidzi,1232 dan Ibnu Majah, 2187. Al-Albani mengatakan hadis ini sahih).

Ia juga bercanggah dengan hukum jual beli matawang dalam Islam iaitu Bai’ Al Sarf :

Majlis Penasihat Syariah (MPS) pada mesyuarat ke-168 tarikh 28 Jun 2016 dan mesyuarat ke-179 bertarikh 22 Ogos 2017 telah memutuskan bahawa majlis akad Bai’ al-Sarf merujuk kepada sesuatu tempoh masa berlakunya pementraian kontrak pertukaran matawang bermula dengan penawaran(ijab) dan diiringi dengan penerimaan(qabul) serta diakhiri dengan perpisahan (disengagement) pihak-pihak berkontrak secara fizikal atau konstruktif, atau pelepasan hak untuk membatalkan kontrak(takhayur). Menurut Syariah, serah terima matawang dalam Bai’ al- Sarf mestilah belaku semasa majlis(lani) kecuali kekangan operasi atau factor gangguan luar jangkaan.

Transaksi yang dilakukan oleh Trader A bukan lani(spot) kerana dana beliau “floating” sehingga beliau tutup posisi, baharu transaksi Trader A lengkap. Telah berlaku Riba An-Nasa atau juga disebut sebagai Riba an Nasiah (jual beli / pertukaran 2 barangan ribawi sama jenis dan pertukaran tersebut dibuat secara tangguh, tidak sempurna dalam satu masa) (Riba ada beberapa jenis…bukan “bunga” sahaja) dalam transaksi ini.

**Tidak kira teknik technical analysis apa anda lakukan, kajian fundamental analysis anda 100% tepat & Money Management terpaling mantap dalam alam semesta, ia tetap HARAM kerana tiada dagangan CFD yang halal setakat ini.

**Jika benar ada Broker jenis “Hybrid”, contoh 50% adalah A book + 50% adalah B book, ia bukan jadi auto 100% halal (sebahagian sup sayur di campurkan dengan sebahagian sup khinzir tak jadi 100% halal)

**Majikan/pekerja beragama Islam tidak semestinya ia jadi patuh Syariah
Soalan selelalunya “dibahas” Trader Muslim mengenai Forex Online Trading:

1.Ada Ustaz kata halal

Adakah ustaz itu di dalam bidang kewangan Islam? Perlu rujuk kepada ahlinya untuk mencari jawapan, dan jika berhujah mengenai ketetapan yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW yang terdiri daripada Al-Quran dan Sunnah (Syariah), perlu ada rujukan ayat Al-Quran atau Hadis, atau kata itjmak ulama di dalam bidangnya yang membahaskan.

Pendapat seseorang yang bukan ahli kewangan Islam, hujahnya tiada rujukan tidak boleh diguna pakai kerana hujahnya hanya berdasarkan pendapatnya tanpa kajian. Seperti jika anda sakit, pergi jumpa doctor kerana doktor yang belajar, mengkaji, dan mengamalkan perubatan, bukan Pomen jiran sebelah kerana Pomen itu belajar & amalkan bidang automotive. Begitu juga dengan bidang kewangan Islam.

2. Ada orang kaya-raya,siap pergi haji hasil dari profit, pakai serban, sentiasa post islamik , bercakap mesti keluar ayat hadis,kalau Haram, mesti Tuhan tidak kurniakan nikmat sebegitu.

Apa yang haram, tetap haram. Walaupun penghafaz Al-Quran atau Imam tidak lari daripada melakukan dosa. Carilah jawapan dengan menuntut ilmu. Jika lebai teguk todi, kita pun boleh minum ke? Mestilah tidak. Kesenangan tidak bermakna benar, Tuhan uji hambanya di dalam keadaan SENANG dan SUSAH. Gunakan nikmat kehidupan sementara untuk berhenti lakukan perkara yang dimurkai Tuhan sebelum meninggal.

3. “Negara, bank-bank ni semua trade forex, haram sebab tak kena cukai, bila kene cukai auto halal!” – Trader Forex Tegar

  • Negara memerlukan matawang asing untuk kegunaan seperti “Special Drawing Right” (SDR).
  • Bank-bank menawarkan tukaran matawang kepada pelanggan dan mereka juga berurus niaga dengan negara luar. Maka mereka perlukan transaksi tukaran matawang asing.

**Bukan semata-mata ada signal buy/sell macam korang (macam saya juga dulu)

Kesimpulanya:

  • Operasi Broker adalah perjudian(Haram)
  • Produk dagangan adalah CFD (trade di tempat yang Haram, kene widen spread, Depo WD rate tinggi, PO tak trigger, deposit lambat, server hang tak boleh close position…berlapis2 korang kene ni)
  • Haramnya bukan setakat di Leverage dan Swap sahaja.

*** Harap penjelasan ini menambah baik pemahaman kita. Kepada keluarga dan sahabat2 saya yang beragama Islam dan masih aktif bergelumang, kaji sebaiknya, berhenti menipu diri sendiri dan orang lain. Rezeki tuhan bagi, ajal tuhan janji, bukan duit. Sila kongsikan informasi kepada yang memerlukan. Saya menjemput untuk memperbetulkan kesalahan saya, hujah lah dengan fakta dan ilmiah, kerana saya mahu belajar.

Rujukan:

Boleh google sahaja mengenai Forex Online Trading dan Islam. Banyak kajian & perbahasan telah dilakukan. Cuma penyokong tegarnya sahaja yang asyik ulang hujah yang sama tanpa isi. Jika kajian & hujah kamu adalah benar, lontarkanlah kepada ahlinya untuk perbincangan, demi agama dan umat manusia.

Baca di sini – BNM
Baca di sini – Wiki

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Alaaaa.. Perbankan Islam ni tukar nama dan istilah je...” “Sama…