Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri Dilantik Menjadi Menteri Agama

Mufti Dilantik Menjadi Menteri Agama

Semalam, apabila mengetahuinya Yg Berbahagia Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Dr Zulkifli Al Bakri dilantik menjadi Menteri Agama, meremang bulu roma saya.

Meremang bulu roma sebab tahun lepas saya pernah menulis harapan besar saya agar beliau menggantikan Dr Mujahid Yusof di kedudukan itu.

Kali pertama pada 2 April 2019 ketika mengulas isu Tabung Haji, dan kali kedua pada 13 Jun 2019.

Tulisan kali pertama itu memang viral dan ia ditulis ketika saya memberi ulasan tentang polemik dan kontraversi Tabung Haji disebabkan kegagalan Menteri Agama mengurus persepsi rakyat.

Tak sampai setahun tulisan-tulisan ini, ia menjadi kenyataan.

Rujuk screnshoot sebagai bukti.

Adakah Tan Sri Muhydin Yassin membaca tulisan tersebut? Hahaha…

Berikut apa yang saya tulis

13 Jun 2019
di sini

Image may contain: 1 person, standing, hat and text

Image may contain: text

Image may contain: skyscraper and text

 

Tabik!

Mufti yang mendahului zaman.

Andainya ada perubahan kabinet, suka saya cadangkan beliau untuk memegang portfolio berkaitan agama.

UPDATE: Ramai yg keliru, nak jadi menteri kena masuk politik.

Tak sebenarnya. Jadi menteri tak semestinya kena masuk politik.

Boleh lantik sebagai senator dan kemudian dilantik menteri.

Tokoh korporat, bekas pengerusi PNB, Tan Sri Wahid Omar pernah dilantik sebagai senator dan menteri.

Dan beliau tak terlibat pun politik kepartian.

Hingga sekarang.

2 April 2019
https://www.facebook.com/1554505576/posts/10217838702109946

Suka saya cadangkan Menteri Agama sekarang Dr Mujahid Yusof Rawa Mujahid Yusof Rawa digantikan dengan Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kenapa saya cadangkan Sahibus Samahah Mufti Wilayah ini?

beliau bukan orang politik,
beliau bersih dari sebarang imej kontroversi,
rekod kerja beliau menjadi Mufti Wilayah sangat cemerlang,
lihat media sosial beliau? baik FB, instagram, website – sangat-sangat-sangat-sangat aktif dan interaktif.
ketokohan ulama kontemporari yang seiring zaman.
sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, beliau melakukan penyelidikan terlebih dahulu
kenyataan yang dikeluarkan, mewakili team jabatan mufti, bukan personal semata-mata
kenyataan yang dikeluarkan, sangat berhikmah
imej selaku agamawan juga sangat baik beliau jaga. Jubah dan kopiah tidak pernah lekang dari tubuhnya.

Ya, memang pernah ada kontroversi imej wahabi kepada beliau tapi beliau berjaya menangani persepsi tersebut dengan baik dan bijaksana.

Mohon mencadang dan sokongan.

Afyan Mat Rawi
Jemput follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan, bisnes dan kepenggunaan (kadangkala politik) 😁

Sambil-sambil tu, boleh join Channel Telegram ini

Ada banyaklagi tip-tip kewangan dan kehidupan dikongsi di sana.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com