Testimoni Buku Bijak Merancang Wang: Fahami psikologi dulu, baru urus duit dengan betul
Dipetik dari FB Emmy Hermina Nathasia
BIJAK MERANCANG WANG
Penulis Afyan Mat Rawi
Penerbit PTS
Susulan daripada pembacaan buku Melabur untuk Kaya, saya berminat nak teruskan bacaan terhadap buku-buku lain penulis.
Penerbit mengekalkan gaya penerbitan buku yang menampilkan konsep santai, mudah difahami dan praktikal.
Apa yang saya suka mengenai buku ini ialah, pertamanya ia fokus kepada aspek psikologi dan cara kita melihat wang, sebelum ke perkara yang praktikal iaitu panduan mengurus kewangan.
Cara kita melihat pengurusan kewangan dipengaruhi dengan cara ibu bapa membesarkan kita, cara mereka melihat wang, dan pendedahan persekitaran melalui saudara mara, rakan-rakan, sekolah dan media sosial. Semua ini menyumbang kepada sihat atau tidak hubungan kita dengan wang.
Hanya selepas penulis mengupas aspek psikologi kewangan, barulah penulis kongsikan Modul INFAQ, iaitu memperkenalkan tujuh modul kewangan untuk rujukan pembaca iaitu
– Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow)
– Pengurusan Aset Bersih (Net Worth)
– Simpanan (Saving)
– Perlindungan Takaful (Protection)
– Pelaburan (Investment)
– Penyucian Harta (Purification)
– Pewarisan Pusaka (Inheritance)
Setiap modul dikupas dengan ringkas dan mudah difahami, panduan step-by-step disediakan untuk pembaca mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian. Ilmu yang dikongsi adalah berdasarkan prinsip Islam iaitu menekankan aspek halal dan haram dalam pengurusan kewangan, termasuk penyucian harta dan pewarisan.
Buku ini turut dilengkapi dengan e-workbook dan 10 video interaktif yang boleh diakses melalui kod QR, menjadikannya nilai tambah kepada ilmu sedia ada.
Saya lagi suka sesuatu ilmu itu terdapat dalam satu sumber seperti sebuah buku untuk rujukan, berbanding baca here and there daripada random postings di media sosial dan ilmu tersebut tidak teratur. Bagi yang macam saya, bolehlah miliki buku ini, sesuai untuk pemula dan mereka yang berjinak-jinak nak mengetahui perihal pengurusan kewangan yang berpandu.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran