June 28, 2021
Testimoni SeminarBMW 2021-7 Modul Perancangan Kewangan
Dipetik dari FB Asyraf Naim
Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk sertai Seminar Bijak Merancang Wang (BMW) yang dikendalikan oleh Tuan Afyan Mat Rawi hari ini.
Seperti biasa, 7 modul perancangan kewangan yang disusun oleh Tuan Afyan dikongsikan kepada peserta:
- Cash Flow (Aliran Tunai)
- Networth (Aset Bersih)
- Saving (Simpanan)
- Protection (Perlindungan)
- Investment (Pelaburan)
- Purification (Penyucian harta)
- Inheritance (Perwarisan harta)
Antara intipati seminar yang saya boleh kongsi ialah mengikut Jabatan Insolvensi Malaysia, majoriti anak muda bawah 30 tahun bankrap kerana hutang kereta.
Ramai yang beli kereta yang di luar kemampuan kerana mereka ingat hanya perlu bayar bayaran bulanan sahaja, tetapi mereka lupa kos-kos lain seperti petrol, tol, tayar, bateri, takaful, roadtax, aksesori, basuh kereta, saman dan sebagainya.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran