Sudah banyak kali terima LOD dan saman, kali ini agak pelik
Saya dah banyak kali dapat LOD dan saman, bukan kali pertama.
Cuma kali ini agak pelik sikit.
Mereka umumkan sejak 10 Jun 2026 lagi, tetapi hanya sampai ke tangan saya pada minggu lepas, 22 Jun 2026.

Dan sebenarnya, wakil mereka dah sampai ke pejabat saya beberapa kali sebelum itu, tetapi kebetulan saya tiada di pejabat.
Malah, staf saya sudah terima pun seminggu sebelum itu, tetapi masih nak buat serahan tangan.

Kita terima sahajalah. Asal mereka puas hati.
Tetapi yang paling hairan ialah geng-geng mereka dah gegak gempita sejak 10 Jun.
Macam dah menang saman.
Mungkin mereka sangka, apabila peguam hantar surat saman, secara automatik bermaksud mereka menang.
Atau mereka sangka hari ini hantar saman, hari ini masuk mahkamah dan lusa dapat keputusan bahawa mereka menang.
Hahaha!
Pengalaman saya masuk mahkamah beberapa kali, ia bukan sehari dua, bukan seminggu dua, bukan sebulan dua.
Ia akan mengambil masa bertahun-tahun.
Insya-Allah, peguam saya ini sudah pun biasa berhadapan dengan kes-kes seumpama ini.
Hint: Peguam saya ini pandai “menipu” dan juga peguam yang paling ramai followers di Malaysia.
Mohon doa rakan-rakan semua untuk kes ini.
Insya-Allah, saya akan lawan.
Lawan tetap lawan.
Lawan sampai menang!
Siapa nak tahu perkembangan seterusnya?
Follow saya, kemudian like posting ini dan komen “Lawan tetap lawan!”
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
