Testimoni SeminarBMW 2021 – Pentingnya Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Dalam Perancangan Kewangan

Dipetik dari FB Nur’aina Fatehah Amin

Alhamdulillah, harini dapat live bersama Tuan Afyan Mat Rawi dalam seminar Bijak Merancang Wang selama lebih kurang 4 jam setengah. Banyak ilmu, pengalaman dan tips yg dikongsi khususnya tentang perancangan kewangan.

Menurut Tuan Afyan, membuat perancangan kewangan ni adalah ibarat kita merancang perjalanan. Dari mana kita nak bermula? Ke mana kita nak tuju? Bagaimana kita nak ke sana? Berapa jarak dan masa yg kita perlukan untuk sampai ke sana?

Semua tu penting untuk kita tahu dan kita rancang sebelum memulakan satu2 perjalanan. Supaya apa? Supaya kita tak tersesat jalan dan supaya kita dapat sampai ke destinasi yg betul dengan selamat.

Bak kata pepatah omputeh, if you fail to plan, you are planning to fail.

Satu formula ringkas tapi saya rasa penting untuk dikongsi dengan semua adalah:

+ – × ÷

Apa tu tambah tolak darab bahagi?

Ia nya adalah satu solusi asas yg kita boleh guna untuk selesaikan apa2 masalah kewangan yg kita hadapi. Contohnya,

Masalah gaji ciput? Solusinya adalah dgn kita meningkatkan (+) pendapatan contohnya buat business online

Masalah belanja bulanan tinggi? Solusinya adalah dgn kita mengurangkan (-) perbelanjaan. Kalau sebelum ni kita makan minum mcD & tealive 5x seminggu, mungkin kita boleh kurangkan jadi sekali seminggu, atau lebih baik sebulan sekali.

Banyak benda yg kita boleh praktikkan dengan formula basic ni. Kalau kita faham konsepnya, in sha Allah pasti ada jalan keluar untuk apa saja masalah kewangan yg kita hadapi.

Apa yg penting, nak buat apa2 kena ada ilmu. Dan kalau boleh cari seseorang yg boleh kita jadikan tempat rujukan. Jangan kita main ikut saja apa org buat. Apa saja yg trending semua kita nak buat. Ingat, kedudukan kita sekarang tak sama dgn kedudukan org lain. Dan destinasi yg nak kita tuju juga tak sama dgn org lain. Jadi, kenal pasti lokasi awal kita, kenal pasti destinasi akhir kita.

Akhir kata, suka saya petik kata2 dari penulis buku Rich Dad Poor Dad,

“The main reason people struggle financially is because they have spent years in school but learned nothing about money. The result is that people learn to work for money… but never learn to have money work for them.” -Robert Kiyosaki

Sekian,

Aina Amin

#LiveBMW
#SeminarBMW
#sharingiscaring

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Sekarang ni memang buyer's market bagi property. Bersepah hartanah yang…