Testimoni SeminarBMW 2021 – Ubah Mindset
Dipetik dari FB Mohd Zulhafizi
Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk menghadiri Seminar Bijak Merancang Wang (BMW) yang dianjurkan oleh Tuan Afyan Mat Rawi semalam dan hari ini.
Untuk pengetahuan semua, Tuan Afyan merupakan Islamic Financial Planner (IFP) yang bertauliah tau. Bukan kaleng-kaleng.
Banyak yang saya dapat pelajari daripada seminar secara dalam talian ini.
Antara perkara yang paling utama yang paling ditekan oleh Tuan Afyan, adalah perubahan corak pemikiran (mindset) kita di dalam kewangan.
Jikalau corak pemikiran kita tidak berubah, nescaya sekiranya gaji kita 5 angka sekali pun, kita akan gagal untuk merancang kewangan kita dengan baik. Makin besar periuk, akan makin banyak kerak nya.
Setelah tamat seminar, saya turut sedari beberapa kesilapan yang saya dah buat selama ini, antaranya:
1. Tidak mempunyai simpanan kecemasan selama 3-6 bulan gaji.
2. Memulakan pelaburan saham sebelum ada simpanan kecemasan.
3. Perbelanjaan Isi Rumah (tidak termasuk hutang) melebihi 65%.
Banyak perkara yang harus saya perbetulkan untuk memastikan kedudukan kewangan saya dalam keadaan yang baik. Better late than never, betul tak?
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Afyan di atas seminar ini, yang pada saya dapat membuka minda ramai pihak tentang kepentingan merancang kewangan dengan baik. Highly recommended!
Teman-teman,
Ilmu kewangan ini tidak diajar secara terperinci di sekolah ataupun di universiti. Banyak yang kita harus pelajari sendiri. Saya amat menggalakkan rakan-rakan untuk belajar ilmu ini, untuk mencari guru-guru yang bertauliah di dalam bidang kewangan, bukan hanya yang ingin menjual produk kewangan tertentu sahaja.
Bagi sesiapa yang ingin mengikuti Tuan Afyan, boleh follow FB beliau. Beliau juga banyak berkongsi ilmu-ilmu kewangan secara percuma sahaja di FB dan juga blog beliau.
#seminarBMW
#liveBMW
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran