Tiara : Tiba-tiba viral lagu 90-an ini di Tiktok
“Tiara, menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara, ku mimpi kita bersanding atas kayangan
Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
Di malam pesta engkau bisikkan
Kata azimat di telinga
Kita, terpaksa berpisah untuk mencari arah
Kita, dipukul ombak hidup alam yang nyata
Engkau jauh meniti puncak menara gading
Yang menjanjikan hidup sempurna
Tapi aku hanya, tunduk ke bumi
Hidup tertekan
Jika kau bertemu aku begini
Berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
Di penjara terkurung terhukum
Hanya bertemankan sepi
Bisakah kau menghargai
Cintaku yang suci ini
Oh! Tiara, pedihnya
Dapatkah kau merasakan
Tiba-tiba viral lagu 90-an ini di Tiktok. Lagu Tiara, yang nyanyian kumpulan Kris, ciptaan M. Nasir.
Mungkin sempena keputusan SPM yg baru keluar minggu lepas
Lirik lagunya ada kaitan sikit la dengan viral keputusan SPM yang semua subjek gagal tu.
Hahahah… Taklah. Lagu ini viral apabila ia dinyanyikan kembali oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar.
Beliau yang popular sebelum ini dengan single “Cinta Sampai Mati”, atau yang lebih dikenali dengan lirik chorusnya “Dengarkanlah, di sepanjang malam aku berdoa….”
Seperti biasa, akan ada la yang tak puas hati sebab katanya merosakkan lagu oleh penyanyi asal. Sama macam sebelum ini, ketika beberapa lagu Malaysia yang dinyanyikan kembali oleh penyanyi Indonesia, seperti lagu “Mengintai Dari Tirai Kamar” nyanyian Exist yang dinyanyikan kembali oleh Zinidin Zidan.
Kali pertama dengar lagu ini di Tiktok, memang rasa pelik sebab kita biasa dengar lagu ini oleh penyanyi asal dengan alunan slow rock. Tapi lenggok yang dibawa oleh Raffa Affar taklah buruk sangat beliau bawa dengan melodi mendayu-dayu.
Satu sudut ia juga penghargaan kepada Malaysia apabila banyak lagu-lagu kita dinyanyikan kembali oleh penyanyi negara jiran.
Kalau tengok di YouTube, view video klip Raffa Affar cecah 17 juta, walaupun baru sebulan, berbanding dengan video klip asal Malaysia yang dimuatkan kira-kira 13 tahun lepas, yang hanya 8 juta.
Sudah tentu M Nasir melalaui syarikat Luncai Emas beliau bukan berikan begitu sahaja lagu ini untuk dinyanyikan kembali di sana. Ia satu penghargaan buat karya seni anak Malaysia.
Kalau ada yang tak kena dengan selera telinga tu, normal la. Saya paling tak boleh belah kalau ada yang menyanyi dengan lenggok dangdut. Memang kalau keluar dekat Tiktok, rasa macam nak hempas telefon. Hahahah!
Eh, ramai ke baca sampai habis posting ni? Hahahaha…
Jangan la serius sangat. Saya pun layan juga benda-benda macam ni sekali-sekala
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran