fbpx

Tidak Ada Istilah “BELI” dan “JUAL” Dalam Takaful

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 310Words
  • 669Views

tidak ada istilah beli dan jual dalam takaful

1. Masih ada ejen yg mempromosi medical card stand alone dari syarikat insurans konvensional yang mengatakan bahawa ia harus kerana tidak ada elemen saving.

2. Yang membezakan antara insurans dengan takaful adalah kontrak sedari awal. Kontrak insurans adalah kontrak jual beli yang menimbulkan isu syariah kerana produk yakni coverage dalam insurans tidak wujud ketika kontrak ditandatangani.

3. Bermula dari kontrak, ia seterusnya menimbulkan isu gharar (ketidaktentuan atau uncertain), maisir (judi) dan riba’. Isu riba’ yang paling besar dan utama berbanding yang lain.

4. Justeru itu, alternatif kepada insurans konvensional ialah takaful yang TIDAK MENGGUNAKAN KONTRAK JUAL BELI, dan ia digantikan dengan kontrak “tabarruk”. Sebab itu wang yang dibayar oleh pelanggan dipanggil SUMBANGAN untuk menggantikan istilah CARUMAN. Tidak ada istilah “BELI” dan “JUAL” dalam takaful. Jika ada ejen takaful yang masih gunakan istilah “BELI” dan “JUAL”, maka sekehlah kepalanya.

5. Kontrak berbeza memberikan implikasi berbeza. Sebab itu syarikat insurans menggunakan istilah “penanggung insurans” manakala syarikat takaful pula ialah “pengendali takaful”. Banyak lagi istilah-istilah yang digunakan dalam takaful berbeza dengan insurans konvensional.

6. Penting sangat ke kontrak ni? Ya penting. Kita orang Islam juga ada kontrak kita dengan Allah yang membezakan antara Muslim dan Kafir, yakni SYAHADAH. Orang Islam walaupun berbuat jahat akhir sekali akan masuk syurga manakala orang Kafir yang baik akhir sekali tetap akan masuk neraka. Boleh cari perbahasan alim ulama dalam isu Muslim yg jahat vs Kafir yang baik.

7. Memang tak dapat dinafikan ada fatwa yang mengatakan hukum insurans am harus kerana tidak ada elemen saving tapi ia fatwa lama ketika belum ada produk takaful am. Ia atas faktor dharurat ketika waktu itu dan tidak lagi terpakai hari ini.

7. Hujahan ini juga untuk menjawab bahawa insurans am seperti medical card, insurans keret adalah harus kerana tiada elemen simpanan. Isu utama ialah faktor kontrak, tiada kaitan dengan ada simpanan atau tidak.

8. Selllluuurrruh produk insurans konvensional adalah haram. Noktah.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya perasan ramai juga yang mengeluh melihat grafik ini. Dan…