May 17, 2009
Tip Jika Terlibat Kemalangan dan Membuat Tuntutan Takaful / Insurans (Bahagian 3)
Ini adalah tulisan sambungan daripada dua entri sebelum ini:
1. Sebelum Kemalangan: Ketika Mengambil Polisi Takaful; https://afyan.com/?p=858
2. Semasa Kemalangan: Ketika Di Tempat Kejadian; https://afyan.com/?p=869
Tulisan ini pula adalah tip dan panduan “Selepas Kemalangan dan ketika membuat tuntutan”
- Proses ini selalunya dilakukan di bengkel panel syarikat takaful.
Namun sebenarnya yang terbaik adalah berurusan secara terus dengan syarikat takaful, namun jarang-jarang sekali yang mempunyai masa serta kesedaran sivik yang tinggi untuk melakukannya. Jadi, untuk memudahkan urusan selalunya melalui pihak bengkel.
Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel. - Dapatkan bengkel yang terbaik.
Ini adalah peringkat yang sedikit “tricky”, kerana ia tidak akan diperolehi secara mudah dan terus. Kebijaksanaan tuan-tuan diperlukan di sini.
Sekiranya tuan-tuan bertanya secara terus kepada syarikat, mereka akan berikan bengkel yang terdekat. Mereka tidak akan memberitahu bengkel yang terbaik kerana bagi mengelakkan konflik dengan bengkel-bengkel lain. Jadi gunakanlah kebijaksanaan anda untuk mendapatkan maklumat ini.
Contohnya jika mempunyai kenalan di syarikat takaful, ia boleh diperoleh. Maka di sinilah peranan perunding takaful tuan-tuan untuk mendapatkan maklumat ini. - Sediakan dokumen yang diperlukan untuk melancarkan proses tuntutan, seperti;
- Laporan polis
- Kad pengenalan pemandu
- Lesen pemandu
- Kad pendaftaran kenderaan
- Cukai jalan
- Isikan borang tuntutan dan isi sewajarnya dan hantar kepada pihak takaful.
Sebagaimana nombor 1, selalunya dilakukan oleh bengkel.
Tetapi yang sebaiknya adalah tuan-tuan sendiri yang menguruskannya bagi mengelakkan manipulasi oleh bengkel. - Bagi tuntutan melibat takaful kenderaan tuan-tuan sahaja, terus berurusan dengan syarikat takaful tersebut, dan berikan kerjasama sewajarnya.
- Jangan sesekali mengarahkan bengkel untuk memulakan proses pembaikan sebelum mendapat lampu hijau daripada pihak syarikat takaful.
- Jika melibatkan pihak ketiga, maklumkan tentang perkara-perkara yang mungkin akan dibuat tuntutan oleh pihak ketiga.
Masalah biasa yang dihadapi oleh para pemilik kenderaan ialah kereta lambat dibaiki. Ia berpunca salah satu atau kedua-duanya daripada dua sebab di bawah;
- Syarikat takaful / insurans lambat meluluskan proses tuntutan.
- Bengkel lambat memulakan pembaikan kenderaan.
Jadi untuk mengelakkan masalah di atas, saya syorkan lakukan perkara berikut;
- Tanyakan kepada mana-mana bengkel panel; syarikat takaful manakah yang terbaik dalam meluluskan proses tuntutan.
- Kemudian, tanyakan kepada syarikat takaful, bengkel manakah yang terbaik dalam melakukan proses pembaikan.
Hanya Zambry jauhari yang mengenal Muniandy manikam!
............................................................Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran
