#Travelog3Kembara – Menaiki Bas Dari Sempadan Jeruselam, Palestin
- 5 years ago
- 2Minutes
- 287Words
- 393Views
Video ini dirakam pada Januari / Februari 2017, ketika menaiki bas dari sempadan Jeruselam, Palestin yang dikuasai oleh Israel sebelum keluar sempadan masuk ke Jordan.
Ia dirakam secara curi.
Askar Israel, yang lengkap dengan senapang dan baju kali peluru – naik ke dalam bas dan semak seorang demi seorang pasport kami.
Ini pertama kali saya kongsi, selepas 2 tahun lebih disimpan.
Catatan-catatan perjalanan trip ini saya pernah kumpul di Album Travelog 3 Kembara dengan hashtag #Travelog3Kembara
Sepanjang kembara ini, saya melihat hampir di setiap inci bumi palestin dikawal oleh askar-askar Israel sebegini.
Malah di setiap pintu-pintu masuk masjid termasuk Masjidil Aqsa pun dikawal sebegitu rupa.
Adakah ini keamanan? Tidak sama sekali. Israel tidak cintakan keamanan.
Banyak kali saya mengikuti kembara luar negara, ini pertama kali berhadapan kawalan sebegitu ketat di pintu sempadan.
Masa nak masuk, berjam-jam di imigresen. Nak keluar pun begitu. Walhal kumpulan kami sekitar 51+ orang sahaja.
Dekat imegresen cek pasport. Keluar imegresen cek pasport. Naik bas cek lagi pasport!
Cek pula oleh anggota tentera yang lengkap bersenjata. Berbeza di kawasan imegresen negara lain. Negara lain pun ada cek pasport, tapi tak ada sampai sebegini rupa.
Dari awal lagi, kami dipesan supaya tidak merekam gambar atau video. Jika tidak, kamera akan dirampas.
Masa masuk ke bumi Palestin, saya boleh tahan lagi, tapi masa nak keluar ni saya dah tak boleh nak tahan dah dari merakam detik-detik itu.
Memang takut-takut juga sebenarnya masa ni. Terfikir juga masa tu “Kalaulah kantoi…”.
Harap-harap askar Israel tersebut tak baca status ini. Hoho!
Ada lagi gambar-gambar rare saya rakam. Siapa nak tengok?
Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first untuk lagi posting menarik.
P/S: Soalan cepu mas: Apa agaknya berlaku kalau kantoi masa tu?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
Share this:
- Click to share on X (Opens in new window)
- Click to share on Facebook (Opens in new window)
- Click to email a link to a friend (Opens in new window)
- Click to share on Telegram (Opens in new window)
- Click to share on Threads (Opens in new window)
- Click to share on WhatsApp (Opens in new window)
- Click to print (Opens in new window)
Related Posts
UFO Di Hari Raya ?
8 Step Sang Scammer- Bagaimana Scammer Memerangkap Mangsa?
Kembara Haramain
About Author
Afyan
AFYAN merupakan seorang trainer dan perunding bertauliah Islamic Financial Planner (IFP) di INFAQ Consultancy dan terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang. Klik “Tentang Saya” untuk detail. Ikuti beliau di Facebook | Instagram | Telegram | Twitter | Youtube | TikTok | Whatsapp