fbpx

Ustaz Ismail Kamus Yang Aku Kenali

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 422Words
  • 484Views

Sungguh cantik aturan ALLAH. Pemergiannya pada hari Jumaat di bulan Ramadhan. Semoga ALAH ampuni dosa-dosa Ustaz Dato Ismail Kamus.

Saya membesar dengan ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah. Sebagai sebahagian daripada jutaan anak murid beliau, tentu sekali sedih atas pemergian beliau.

Menjadi Wakil Rakyat, DUN Gombak Setia

Juga sebagai sebahagian penduduk Gombak, di mana beliau pernah menjadi wakil rakyat di situ, Dun Gombak Setia. Ketika itu saya di UIA yang terletak dalam kawasan dun tersebut. Malah juga saya pernah juga beberapa kali ke Darus-Salam, pusat perubatan Islam yang diasaskan oleh beliau, untuk mengambil air penawar.

Kali terakhir saya terserempak beliau ketika di Hospital Ampang Puteri Ampang ketika membawa anak ke sana pada bulan Januari lepas. Sempat bertanya kabar tapi sangat ralat sebab tak ambil kesempatan bergambar dengan Allahyarham. Ralat sekali.

Beliau antara panel rancangan agama paling popular suatu ketika dahulu, Forum Perdana Ehwal Islam. Rancangan yang sungguh nostalgik dan masih kekal hingga sekarang.

gambar dari SelangorKini

Rancangan ini akan mendapat rating yang tinggi jika menggandingkan Allahyarham dengan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official), dan dipengerusikan oleh DATO’ DR. HASAN BIN MOHAMED ALI.

Gandingan mereka acapkali ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Ketika itu saya masih bersekolah rendah, selalu juga menonton rancangan itu yang disiarkan di RTM1. Bukan sebab nak tengok tapi sebab rancangan itu yang ditayangkan di TV rumah. Jadi nak tak nak, lepas mengaji “terpaksa” juga tengok. Jika tak nak tengok, pilihan yang ada ialah masuk tidur. (Ya Allah, ampunan dosaku).

Selain mereka, antara tokoh lain yang sezaman yang selalu digandingkan dalam rancangan tersebut ialah Ustaz Dato’ Ustaz Taib Azamudden Md Taib – Rasmi, bekas Imam Besar Masjid Negara, Sohibus Samahah Dato’ Dr Ishak Baharom, bekas mufti Selangor, Dr Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi, Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia. Itu antara beberapa nama yang saya ingat.

Beberapa nama sudah pergi, dan hari ini tiba giliran Ustaz Ismail Kamus. Maka kutiplah daripada mereka yang masih hidup.

Lepas ini mungkin giiran kita pula.

Mari kita ucapkan “innalillah” dan “allahummaghfirlahu”, kerana ia lebih menepati sunnah Rasulullah berbanding menyedekahkan Al-Fatihah.

(UPDATE: Selepas posting ini, baru saya tahu bahawa beberapa tokoh ulama tanah air lain turut meninggal dunia pada hari Jumaat, antaranya Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din)

DR HARON DIN ZIARAH USTAZ ISMAIL KAMUS | ABU NUHA CORNER
Gambar Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus bersama Allahyarham Tuan Guru Dato’ Haron Din
TG NIK AZIZ KUNJUNGI USTAZ ISMAIL KAMUS
Gambar Allahyarham Tuan Guru Dato Ismail Kamus bersama Tok Guru Nik Aziz

Afyan Mat Rawi

Doakan saya juga.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pertama kali saya sertai affiliate secara serius ialah pada tahun…