fbpx

Forex trader sudi jadi panel Borak dan MembaWang

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 410Words
  • 419Views

Alhamdulillah, akhirnya ada juga seorang influencer dan orang lama di dalam komuniti forex Malaysia yang sudi menjadi panel untuk program Borak & MembaWang #BorakMembaWang!

Jadi, dengan ini saya TARIK BALIK kenyataan di FB beberapa hari lepas yang mengatakan bahawa mereka pengecut dan tak ada seorang pun yang menyahut tawaran saya.

Asalnya saya ingin menjemput beberapa forex trader yang lantang dan selalu mengecam saya di komen. Tapi tak mengapa, tak ada rotan akar pun berguna. Sekurang-kurangnya ada juga wakil yang sudi berkongsi mengapa mereka masih teruskan forex trading sekalipun sudah tahu ada fatwa yang mengharamkan forex.

Tapi saya kira akar yang menggantikan akar ini jauh lebih baik daripada rotan yabg selalu menempel di FB saya. Yang hanya berani mencabar tapi apabila saya menyahut dan ajak live, terus mengelak.

Alhamdulillah panel yang ini bersikap profesional mesej saya secara personal dan menawarkan diri, tanpa perlu menghentam saya di FB. Dan saya pun baru kenal beliau merupakan influencer dan orang lama dalam bidang forex trader.

Screnshot ini pun dengan keizinan empunya diri. Malah posting ini juga selepas beliau semak.

Orang berbudi, kita berbahasa. Sebagai host program Borak & MembaWang #BorakMembaWang, saya alu-alukan kehadiran beliau sebagai tetamu.

Saya lebih hormat individu sebegini, biarpun berbeza pandangan dalam hal forex. Beberapa jam berkomunikasi dengan beliau, sudah rasai ketokohannya. Kalau saya sebut namanya, pasti ramai trader dan otai forex mengenali beliau. Tungguuuuu….

Kita kritik forex, tanpa perlu kita maki hamun kepada forex trader. Mereka tetap saudara seakidah kita. Siapa kita nak menghukum mereka sebelum Allah mencabut nyawa? Siapa tahu antara kita, siapa yang bakal husnul-khatimah atau suu-ul-khatimah?

Nantikan sesi Borak & MembaWang bersama seorang tokoh forex trader ini. Insya Allah tarikh akan diumumkan dalam masa terdekat. Paling awal mungkin 3 – 4 minggu akan datang sebab slot minggu-minggu terdekat sudah dipenuhi.

Sementara itu boleh ikuti program #BorakMembaWang malam ini dengan topik Perbankan ISLAM Haram?, bersama Dr Azrul Azlan Mirza Iskandar.
Minggu depan pula, insya Allah kita akan berborak dan membawang topik NFT pula.

Kemudian untuk minggu seterusnya, jika tidak aral melintang, program ini akan dihadiri oleh seorang Mufti. Doakan ia berjalan lancar. Saya berdebar untuk panel kali ini.

Doakan semua berjalan lancar!

Ada tak mana-mana pihak yang sudi untuk menjadi penaja program ilmu ini? Untuk menaja honorarium panel & host serta teknikal program ini.

Jika ada yang sudi taja, saya akan semakin bersemangat untuk mengendalikan program-program sebegini. Tajaan tunai atau produk daripada para usahawan Muslim dialu-alukan. Logo penaja akan disertakan sepanjang hebahan program.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cuba tengok berita-berita ini. Satu dari Malaysia Dateline, tahun 2016.…