fbpx

Waspada Dengan 2 Point Ini Dalam Pelaburan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 271Words
  • 370Views

Berlaku pada semua jenis pelaburan

Benda ni sentiasa berlaku dalam mana-mana jenis pelaburan, tak semestinya saham.

Semalam saya update status berbunyi:

“Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending dan jangan melabur dengan sentimen”

 

2 point utama:

1. Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending.

 

Saya tulis “BERHATI-HATI”, dan saya tak tulis JANGAN. Ia bermaksud kita kena berjaga-jaga dalam mana-mana pelaburan yang sedang menjadi bualan dan sedang diperkatakan.

Orang yang sedang buat untung adalah orang yang dah melabur lama. Yang baru nak join, belum tentu untung.

 

2. Jangan melabur dengan sentimen.

Yang ini jelas saya tulis JANGAN. Bermaksud, sentimen dan berharap bukanlah startegi dalam pelaburan.

Pelaburan MESTI dilakukan dengan ILMU, bukan emosi dan sentimen.

Clear? Kalau tak clear, saya sambung lagi.

Saya ambil contoh pelaburan saham yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Ia sedang trending sekarang apabila ramai yang mula ada kesedaran. Rakan-rakan yang tak pernah up pasal pelaburan saham pun mula berkongsi pengalaman tentang saham.

Sifu-sifu, kelas, ebook saham pun mula muncul bagai cendawan selepas hujan.

Adakah pelaburan sesuatu yang tak bagus?

Bagus, malah ia satu perkembangan yang positif apabila ramai yang mengambil tahu tentang saham.

Tapi yang tak bagusnya adalah apabila ramai yang masuk tanpa bekalan ilmu yang mencukupi. Sanggup melaburkan sejumlah wang yang besar hanya semata sentimen.

Ketika kita melihat ramai yang berkongsi keuntungan, dalam masa sama ramai juga yang rugi dan ia jarang dikongsi.

Prinsip ini digunakan pakai dalam mana-mana jenis pelaburan. Unit trust, private mandate, hartanah, emas, matawang kripto dan sebagainya.

Pelaburan yang paling menguntungkan masih lagi pelaburan ilmu.

Belajar ilmu kewangan menggunakan buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

Klik www.bukuBMW.com

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
  Dalam setiap jenis pelaburan, akan ada pemangsa dan scammer…