fbpx

Waspada tipu beli jual hartanah

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 153Words
  • 169Views

Saya kongsikan artikel dan peringatan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

WASPADA TIPU JUAL BELI HARTANAH

Berhati-hati jika anda berurusan dalam jual beli hartanah. Jangan terpedaya dengan tawaran hartanah yang terlalu murah daripada nilaian semasa.

Ambil langkah berikut ketika berurusan :-

1. Semak maklumat hartanah di Pejabat Tanah Daerah seperti pemilik semasa, no. hak milik, no. lot Mukim dan keluasan tanah.

2. Semak sekatan kepentingan seperti kebenaran pindah milik, kaveat, cagaran / gadaian, pajakan dan sebagainya.

3. Berjumpa dengan tuan tanah untuk mendapatkan pengesahan.

4. Dapatkan nasihat atau khidmat daripada ejen hartanah atau peguam yang bertauliah dan berdaftar.

5. Pastikan urusan jual beli mempunyai dokumen seperti perjanjian jual beli dan resit transaksi bayaran.

6. Segera bertindak jika penjual cuba melengahkan urusan pertukaran nama dengan pelbagai alasan dengan merujuk kepada peguam yang dilantik, membuat laporan polis atau membuat tuntutan sivil.

Sentiasa berasa curiga. Sentiasa membuat semakan sebelum meneruskan urusan.

#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether
#CCID#JSJK#PDRM
#TipuJualBeliTanah

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kongsi gelap bertopengkan NGO? WOWWWWSSSS!!! Adakah 72 itu termasuk yang…