fbpx

Fahami Fungsi Takaful

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 219Words
  • 286Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

Secara umumnya ada 3 fungsi utama takaful. Iaitu,

  1. Perlindungan pendapatan
  2. Pengekalkan aset
  3. Penyelesaian hutang piutang.

Ketiga-tiga fungsi tadi berguna apabila berlaku 3 musibah ini pula.

  1. Kematian
  2. Lumpuh
  3. Penyakit kritikal

Jika disahkan lumpuh atau mengalami sakit kritikal, maka kemungkinan diberhentikan kerja atas sebab itu memang ada.

Apabila diberhentikan kerja, akan beri kesan kepada tiga benda berikut pula.

  1. Pendapatan (gaji)
  2. Gaya hidup
  3. Kos perubatan

Individu yang disahkan terlibat musibah, layak dapat pampasan mengikut jumlah yang dilindungi mengikut apa yang tertulis dalam polisi.

Aset dan harta yang ada tidak perlu dijual untuk menampung gaya hidup kesan diberhentikan kerja tadi.

Pampasan takaful yang diperolehi oleh waris atau isteri boleh juga diguna untuk menyelesaikan hutang piutang.

Untuk buat untung, takaful bukan tempatnya.

Fahami fungsinya!

Ramai yang beranggapan, mencarum takaful tidak perlu kepada merancang kewangan. Langgan sebab terpengaruh dengan ejen dan kawan.

Itulah antara ringkasan yang saya dapat melalui pembacaan buku ini pada bab modul 4 : Protection

Kalian boleh gali dan dapatkan maklumat yang betul melalui buku ini tentang cara untuk melindungi pendapatan. Sangat bermanafaat.

Bukan itu sahaja, banyak lagi tips kewangan lain yang kalian boleh jumpa pada muka surat seterusnya.

Buku ini boleh dibeli secara dalam talian okey.

Terima kasih Afyan Mat Rawi kerana tulis buku ini. Moga jadi bekal kebaikan berterusan buat tuan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Di kala ekonomi perlahan sebegini, saya sangat lega kerana tidak…